Monday, December 27, 2010

Kitab al-Durr al-Nafis (6) :TAWHID AL-ZAT

FASAL YANG KEEMPAT PADA MENYATAKAN TAWHID AL-ZAT

Bermula fasal yang keempat pada menyatakan tawhid al-zat : ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi diatasinya maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadaNya dan kepadaNya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang ’arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu. Kepadanyalah diperoleh lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam diatasinya daripada ini tiada siapa dapat pengetahuan akan dia hingga Nabi mursal dan malaikat yang muqarrabin sekalipun tiada sampai kepada iaitu maqam kunhi zat Allah Ta’ala, seperti firman Allah Ta’ala : ( ) yakni dipertakuti Allah Ta’ala daripada sampai ma’rifahmu akan kunhi zatNya. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ( ) yakni sekalian kamu mendapat akan kunhi zat Allah Ta’ala ahmaq : ertinya tiada mendapat kunhi zatNya sekali-kali.

Kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s di dalam kitab al-Jawahir wa al-Durar daripada menterjemahkan kata syaikhnya Sayyidi Ali al-Khawas r.a : Bermula akan hanya Haqq Ta’ala itu tiada merasai dan mendapat akan dia oleh seseorang jua pun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya Allah Ta’ala itu bukan ia ’ain yang dihukumkan akan dia oleh akal dan bukan ia ’ain yang dihukunkan oleh syuhud hati dan mata tetapi adalah ia itu dibalik yang demikian itu. Maka bukan ia ’ain yang dikenal oleh mereka itu akan dia dan bukan ia ’ain yang dijahilkan oleh mereka itu akan dia. Dan barangsiapa yang mengetahui akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan Zat Yang Suci lagi ghaib iaitulah ’ain yang disyuhud dan iaitulah ibadat yang sempurna. Wa Allahu A’lam.

1 comment:

  1. Hamba kena berhenti pada takat ini dulu kerana perbahasan ilmu tawhid ini perlu kepada Guru yang Mursyid untuk mendapat penjelasan. Baca saja tak jadi,tak faham!!

    ReplyDelete