FASAL YANG KEDUA PADA MENYATAKAN TAWHID AL-ASMA’
Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tawhid al-asma’ ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan.
Syahdan : Bermula kaifiyat mengesakan Allah Ta’ala pada segala asma’Nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu. Dan engkau syuhud dengan mata hatimu bahawasanya segala asma’ itu sekaliannya kembali kembali ia kepada asma’ Allah Ta’ala yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekaliannya mazhar asma’ itu menuntut ia akan wujud musamma maka tiada yang mwajud itu pada hakikat hanya Allah sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya khayali dan waham jua dengan dinisbahkan kepada wujud Allah Ta’ala. Maka sebab itulah kembali segala asma’ itu kepada yang mawjud iaitu Allah swt. Dan wujud Allah Ta’ala itu qa’im ia pada segala asma’ dan zahir ia dengan dia itu satu jua. Yakni segala ashya’ itu kezahiran dan kenyataan bagi Zat Yang Satu jua. Dan yang zahir dengan segala ashya’ itu satu jua daripada tiada ittihad dan hulul. Maha Tinggi Allah Ta’ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal oleh setengah daripada segala ’arif itu kerana menghampirkan kepada faham jua.
Adapun Allah Ta’ala itu Maha Suci dan Maha Tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau, maka yang dihantarkan akan dia pada anatar bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engaku lihat kepada benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zahir ia dengan segala sifat sekaliannya itu pada hal matahari itu satu jua. Maka bicarakan olehmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna, mudah-mudahan mengasihani Allah Ta’ala akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang yang kami mithalkan akan dia itu. Setelah itu hai segala saudaraku yang ’arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajalli Haqq Ta’ala atasmu daripada menselang-selang daripada dinding mazharNya dengan dua ism yang menunjukkan keduanya itu akan dikau atas binasa segala mazharNya itu di dalam diri ahadiyyah Allah Ta’ala.
Kata Syaikh al-’Alim al-’Allamah al-Nar al-Muhriqah Mawlana al-Syaikh Abdullah al-Hijazai al-Syarqawi al-Misri r.a dalam Syarh Wird al-Bahr : Apabila tajalli Allah Ta’ala pada asma’Nya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akwan ini sekaliannya diri Haqq Allah Ta’ala. Ertinya pada sekira-kira zahir akwan itu dengan dia dan berdiri akwan itu dengan QayyumNya dan kekalnya. Dan bahawasanya tiada akwan itu wujud sendirinya dan lagi tiada kuasa ia pada membezakan antara suatu daripada segala akwan ini ertinya daripada sekira-kira bahawasanya akwan iyu sekalian makhluk Allah Ta’ala. Yakni mazharnya dan tempat bersandar kepadaNya. Dan lagi memandang akan Allah Ta’ala dengan hakikat bagi segala akwan itu seperti firman Allah : ( ) ertinya barang dimana ada kamu maka adalah di sana wujud Allah, yakni barang kemana engkau hadapkan akan mukam kamu atau hati kamu atau roh kamu atau akal kamu adalah di sana wujud Allah.
Syahdan : Ketika itulah terkadang keluar syatah daripada lidah hamba itu yakni mengeluarkan perkataannya yang tiada ada redha oleh syarak, maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akwan ini dengan sebab memandang wujud Allah Ta’ala Yang Mutlaq. Seperti kata Syaikh Abdul Karim al-Jili q.a.s : Bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan Haqq Ta’ala, maka menjadikan hamba itu sifat tiada yang mawjud di dalam wujud ini melainkan wujud Allah Ta’ala. Bermula yang demikian itu kerana adalah banyakknya dan ghaibnya seperti barang yang telah jatuh bagi Hallaj, maka perkataan orang yang mabuk itu tiada boleh diperpegang. Intaha.
Maka sebab itulah, kata Sultan al-Awliya’ Mawlana al-Syaikh Abdul Qadir al-Jaylani q.a.s : ”Jikalau Hallaj itu ada ia daripada masaku nescaya aku ambil akan dia dengan tanganku yakni aku tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia itu”. Intaha.
Bermula yang pertama daripada dua ism seperti ismNya Jami’ : ertinya yang menghimpunkan, iaitu menghimpunkan bagi sekalian mazhar ini iaitu syuhud al-kathrah fi al-wahdah yakni dipandang yang banyak pada Yang Satu. Muradnya sekalian alam ini daripada Zat Allah Ta’ala satu jua tiada daripada yang lain.
Dan yang kedua daripada dua ism seperti ismNya Mani’ : ertinya yang menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zahir ia daripada yang lainnya. Bermula muradnya itu daripada zat Allah Ta’ala jua terbitnya sekalian alam ini tiada daripada lainnya iaitu syuhud al-wahdah fi al-kathrah yakni pandang Yang Satu daripada yang banyak. Ertinya daripada Zat Allah Ta’ala jua terbitnya sekalian alam ini.
Maka adalah hasilnya dalalah dua ism terhimpun sekalian alam ini kepada Allah Ta’ala dan tertegah daripada lainnya yakni permulaan daripada Allah Ta’ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allah Ta’ala jua seperti firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya dan bagi Allah Ta’ala jua permulaan segala pekerjaan dan kepadanya dikembali mereka itu. Setelah itu, maka apabila engkau pandang bahawasanya yang menyuruh itu daripada Allah jua dan yang zahir pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seorang yang sabar ia daripada penyakitnya, maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada Allah Ta’ala jua. Dan ada pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Sabur. Kerana Karim dan Sabur itu keduanya ism Allah Ta’ala dan seperti demikian itulah tiap-tiap orang yang bernama dengan barang yang nama ada ia. Maka adalah sekalinnya engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma’ Allah Ta’ala jua.
Syahdan : Kata setengah daripada ’Arif bi Allah: Tiada bagi Allah Ta’ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya segala sifat ma’ani.. Hanya sanya yang ada baginya itu asma’ jua. Mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil : Suatu daripadanya Naqli iaitu al-Qur’an dan Hadith kerana tiada datang di dalam Quran dan Hadith mengatakan bahawasanya Allah Ta’ala itu bersifat dan hanya sanya yang datang dalam Quran dan Hadith itu asma’ jua. Seperti firman Allah : ( ) ertinya bagi Allah Ta’ala itu beberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengan Dia. Maka yang demikian menentukan Allah Ta’ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat. Dan lagi sabda Nabi s.a.w ( ) ertinya : Dan hanya sanya yang kamu seru itu Tuhan Yang Mendengar lagi Amat Melihat lagi Yang Berkata-kata pada hal ia serta kamu barang di mana ada kamu.
Dan kedua daripadanya dalil aqli iaitu pada akal bahawasanya Allah Ta’ala itu jikalau ada Ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul. Bermula Allah Ta’ala itu terlebih ma’rifah daripada segala ma’rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu Maha Suci Allah Ta’ala itu daripada bersifat dengan sebab makna yang demikian itu. Dan lagi pula betapa disifatkan Allah Ta’ala itu pada hal ia menyucikan diriNya daripada bersifat itu dengan nas Quran dan Hadith yang tersebut itu.
Syahdan : Maqam inilah yakni maqam tawhid al-asma’ : maqam yang kedua daripada segala maqam ’arifin yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepada segala orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya. Dan maqam inilah natijah, ertinya faedah dan thamarah maqam yang pertama iaitu maqam orang yang sentiasa memandang wahdah al-af’al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang di atas iaitu tawhid al-sifat, iaitu maqam yang ketiga daripada segala ’arifin.
No comments:
Post a Comment