Dengan nama Allah Ta’ala Yang Amat Murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menganugerahi nikmat yang seni-seni jua aku memulai risalah ini.
الحمد لله الذي كرم بني آدم واصطفى منهم العلماء
واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء
وفضل منهم العارفين باللع والصفات والأسماء
وأذاقهم لذة المحبة وأطلهم حقيقة الأشياء من الأرض والسماء
والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء
الذي خلق من ذاته ومنه جميع الأشياء
وعلى آله وأصحابه السادة والأولياء
وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان إلى يوم الجزاء
Dan kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun 1200 daripada hijrah Nabi yang mulia atas empunya Dia daripada Tuhannya rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci, sanya telah meminta daripada aku setengah daripada segala saudaraku membukakan kebenaran Allah Ta’ala akan hatiku dan hatinya dengan cahaya musyahadah dan ma’rifah bahawa aku perbuatkan baginya suatu risalah yang simpan dengan bahasa jawi yang lemah lembut supaya member manfaat dengan dia akan orang yang tiada mengetahui akan bahasa Arab yang nyata pada menyatakan wahdat al-zat dan wahdat al-sifat dan wahdat al-asma’ dan wahdah al-af’al supaya melepaskan ia segala orang yang salik itu daripada syirik khafiyy dan daripada segala riya’ dan ‘ujub bagi segala amal. Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli tasawwuf yang mulia dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah mereka itu bagi Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka aku perkenankan akan dia kepada berbuat risalah yang demikian itu dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun pada hal aku minta tolong kepada Allah Ta’ala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekira-kira barang yang zahir ia bagiku daripada segala perkataan orang yang mempunyai minnah dan syuhud. Dan kunamai akan risalah ini “al-Durr al-Nafis” ertinya Mutiara Yang Indah pada menyatakan wahdat al-af’al dan al-asma’ dan al-sifat dan al-zat yang suci pada hal harap aku daripada Allah Ta’ala bahawa memberi manfaat ia dengan risalah ini akan segala orang yang murid dan bahawa dijadikannya kiranya akan dia tulis ikhlas bagi Zat Haqq Allah Ta’ala dan pertaruhan bagiku dan bagi mereka itu pada kiamat. Dan aku aturkan akan dia atas satu muqaddimah dan empat fasal dan satu khatimah dan aku sebutkan didalamnya beberapa masalah yang tinggi-tinggi yang diambil daripada beberapa kitab ahli al-Tasawwuf.
مقدمة
في بيان الأشياء التي تبطل السالك ومنعه من الوصول إلى الله
MUQADDIMAH :
PADA MENYATAKAN SEGALA PERKARA YANG MEMBATALKAN IA AKAN ORANG SALIK DAN MENEGAHKAN DIA DARIPADA SAMPAI KEPADA ALLAH TA‘ALA
Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada yang menegahkan dikau daripada sampai Allah Ta’ala. Bermula segala perkara yang membatalkan suluk itu amat banyak, setengah daripada :
- Kasl (كسل) : ertinya segan daripada mengerjakan ibadat serta (padahal) kuasa mengerjakannya. Kata Abu Zarr : “Jamahir! Barangsiapa berperangai dengan kasl maka tiada memperoleh ia akan bahagia di dalam dunia dan di dalam akhirat”
- Futur (فتور) : ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang dengan dunia
- Malal (ملل) : ertinya jemu dan puas daripada memperbuat dia kerana ia berulang-ulang pada hal belum lagi hasil hasil yang dikehendakinya.
Syahdan : Adalah sebab yang demikian itu sekaliannya kerana kurang iman dan da’if yakin dan buta mata hati dan mengikutkan nafsu akan hawanya.
Dan yang menegahkan sampai orang yang salik kepada Allah Ta’ala itu pun amat banyak jua, dan setengah daripadanya :
- Syirik Khafiyy (شرك خفي): ertinya syirik yang tersembunyi iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua tiada kepada Allah Ta’ala kerana hakikatnya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada Allah Ta’al jua. Dan adalah makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Allah Ta’ala, Maha Suci Allah Ta’ala mengadakan sesuatu dengan alat.
- Riya’ (رياء) : ertinya memperlihatkan ibadatnya itu kepada orang yang lain atau mengkehendaki dengan ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala jikalau syurga sekalipun.
- Sum‘ah (سمعة) : ertinya mengkhabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Ta’ala itu kepada orang supaya dibesarkan orang dan dimuliakan orang.
- ‘Ujub (عجب) : ertinya membesarkan dan membanyakkan akan ibadatnya pada hal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Ta’ala.
- Saqata awwaluhu wuquf ma’a al-‘ibadah (سقط أوله وقوف مع العبادة) : ertinya mendidingi iaitu memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Ta’ala atasnya.
- Hujub (حجب) : ertinya dinding iaitu dinding ibadat daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya, dan perhiasan dan keelokannya. Maka hendaklah orang salik kepadanya (berpaling) daripada melihat perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengan dia dan lupalah dia akan Allah sebab yang demikian itu.
Syahdan : tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu melainkan syuhud mu dan pandang mu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada Allah Ta’ala jua seperti lagi akan dating kenyataan pada fasal yang pertama ini, in sha’a Allah.
Alhamdulillah..ambo akan cuba baca insyaAllah...
ReplyDelete