الفصل الأول في بيان توحيح الأفعال
FASAL PERTAMA
PADA MENERANGKAN TAWHID AL-AF‘AL
Bermula fasal yang bertama pada menyatakan tawhid al-af’al ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada segala perbuatan. Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya tiada yang meleapskan akan dikau daripada segala perkara bahaya yang tersebutitu melainkan pandangmu dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku di dalam ala mini sekaliannya daripada Allah Ta’ala sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat pada rupanya tiada pada hakikatnya seperti kufur dan maksiat kerana kufur dan maksiat itu pada hakikatnya baik jua kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada Allah Ta’ala. Dan tiap-tiap yang terbit daripada Allah Ta’ala itu baik jua pada hakikatnya tetapi jahat keduanya rupanya kerana syara’ datang ia mencela akan dia.
Bermula kayfiat (cara) memandang segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan lihatnya dengan mata kepalanya dan dengan mata hatinya bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah Ta’ala dan membangsakan (menisbahkan) kepada yang lain daripada Allah Ta’la itu majazi (pinjaman) jua tiada pada hakikatnya. Kerana pada hakikatnya sekalian perbuatan itu daripada Allah jua sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya, sama ada dengan mubasyarah (langsung) atau tawallud (berhasil). Dan erti perbuatan dengan mubasyarah itu iaitu yang beserta dengan kudrat yang baharu seperti gerak qalam (pen) pada tangan orang yang menyurat. Dan erti perbuatan dengan tawallud itu iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyarah iaitu seperti jatuh batu pada tangan dengan melempar.
Bermula dalil yang menunjukkan bahawasanya segala perbuatan itu terbit daripada Allah Ta’ala jua, tiada pada lainnya itu firaman Allah yang tersebut dalam al-Quran :
1. والله خلقكم وما تعامون ) (ertinya: bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuliy r.a di dalam Syarah Dala’il al-Khairat : tiada terbit daripada seseorang daripada segala hambanya perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam melainkan sesungguhnya telah terdahulu ia pada ilmuNya dan qada’Nya dan qadarNya.
2. ( وما رميت إذ رميت ولكن الله ومى ) ertinya : tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala berusaha engkau engkau pada melempar tetapi Allah Ta’ala jua yang melempar tatkala itu.
3. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ((لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ertinya tiada daya pada menjauhkan maksiat dan tiada upaya pada mengerjakan taat melainkan dengan daya dan upaya Allah Ta’ala Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar jua.
4. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : (لا تتحرك دزة إلا بإذن الله) ertinya : tiada bergerak di dalam ala mini suatu zarah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta’ala yakni dengan iradah Allah Ta’ala.
5. Dan lagi pula isyarat Nabi s.a.w daripada tiada mendoakan kafir quraish yang menyakiti akan dia kerana memandang ia atas nisbah perbuatan itu kepada Allah Ta’ala.
Syahdan : Maka manakala sentiasa engkau memandang keapa yang demikian itu maka tahqiq lah engkau dengan dia nescaya lepaslah engkau daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan mata hatimu akan segala wujud majazi ini hapus ia di bawah cahaya nur wujud Allah yang sebenarnya.
Syahdan : Manakala engaku kekalkan atas syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah Ta’ala dengan membiasakan dia sedikit kemudian maka sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu, maka apabila tahqiq engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampur lah dengan pandanganmu itu zahirmu dan batinmu. Maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdat al-af’al ertinya esa Allah Ta’ala pada segala perbuatan iaitu ibarat daripada fana’ (hapus) segala perbuatan makhluk ini sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya. Sekaliannya itu fana’ di bawah perbuatan Allah Ta’ala sekira-kira tiada diliohat di dalam akwan (makhluk) ini suatu perbuatan Allah Ta’ala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.
Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatn itu daripada Allah Ta’ala, iaitu tersebut di dalam hadith yang warid daripada doa Nabi s.a.w (اللهم إني أعوذ بك منك) ertinya “Hai Tuhanku! Berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu”. Maka jika tiada kejahatan itu daripada Allah Ta’ala nescaya tiada minta berlindung Nabi s.a.w daripada kejahatannya. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah Ta’ala jua datangnyaseperti telah terdahulu sebutnya itu. Dan lagi firman Allah, قل كل من عند الله) ) tafsirannya : Katakanlah olehmu ya Muhammad segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.
Syahdan : Dibuat mithal oleh setengah daripada orang ‘arifin kerana menghampirkan kepada faham jua tiada pada hakikatnya, maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia oleh dalang barang bagi jelas kelakuan, maka seperti tiada bagi wayang itu pun perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan tuhannya.
Tetapi sesungguhnya pun seperti demikian itu yakni segala perbuatan itu perbuatan Allah Ta’ala jua maka jangan engkau melampaui ajkan Syari’at Muhammadiyyah iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah Ta’ala dan RasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali-kali i’tiqadkan gugur taklif syara’ maka jikalau engkau i’tiqadkan gugur taklif syara’nescaya jadilah engkau kafir zindiq – na’uzu bilLah min zalik. Dan berpeganglah engkau pada syari’at muhammadiyyah serta engkau i’tikadkan dan engkau pandang dengan mata hatimu akan segala perbuatan itu daripada baik dan jahat sekaliannya perbuatan Allah Ta’ala dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khafiyy dan lainnya daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu kerana manakala engkau pandang kepada dirimu itu ada baginya sesuatu perbuatan nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khafiyy dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jaliyy sekalipun.
No comments:
Post a Comment