Monday, December 27, 2010

Kitab al-Durr al-nafis (3) : Sambungan Syirik Jaliyy

Dan erti syirik jaliyy itu menduakan Allah Ta’ala adanya (tetapi) tidak lepas dan keluarkan daripada syirik seperti firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya dan tiada percaya kebanyakan daripada mereka itu akan Allah melainkan pada hal mereka itu menyengutukan akan Dia dengan sebab memandang wujud yang lain daripadanya dan dengan sebab membangsakan perbuatannya itu kepadanya. Sebab itulah kata Sayyidi ‘Umar Ibn al-Farid r.a : ertinya jikalau terlintas di dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadamu atas khatir ku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu dengan murtad. Dan tetapi engkau dikatakannya di dalam kitabNya musyrik dikeluarkannya daripada orang mukmin yang sebenarnya seba yang demikian itu. Dan tiada dibilangkannya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang sebenarnya itu melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang hidup dan tiada yang mawjud di dalam wujud ini hanya Allah Ta’ala sendirinya jua. Maka pada ketika itu baharu engkau dinamai mukmin yang sebenarnya dan lepaslah engkau daripada syirik khafiyy dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai di dalm al-Quran dengan musyrik dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli al-tawhid yang sebenarnya daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera ia di dalam dunia ini. Maka lazimlah olehmu atasnya kerana bahawasanya ia sifat yang amat mulia yang menghampirkan akan dikau kepada yang lagi akan dating dalam akhirat maka engkau perolehlah akan nikmat dua syurga seperti firman Allah Ta’ala : ( ) : ertinya bermula dua syurga itu maka barangsiapa yang takut ia akan maqam tuhannya. Dan syurga yang pertama itulah ma’rifah akan Allah Ta’ala di dunia ini (dan) syurga yang kedua itulah syurga yang maklum yang disebutkan Allah Ta’ala akan dia di dalam Quran yang mulia itu di dalam akhirat yang lagi akan datang.

Kata Syaikhuna al-‘Alim al-‘Allamah al-Bahr al-‘Ariq Mawlana al-Syaikh Abdullah ibn Hijazi al-Syarqawi al-Misri r.a barangsiapa masuk ia kepada syurga ma’rifah di dalam dunia ini nescaya tiada dirindui kepada syurga akhirat dengan nisbah nisbah bidadarinya bukan dengan nisbah daripada barang yang hasil di sana yakni di dalam akhirat daripada ru’yah Allah Ta’ala dan damping kepada hadrat Allah dan ma’rifat akan Allah, maka jauh segala perbezaannya antara dua hal itu yakni hal di dalam dunia hal akhirat kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang ‘arif di dalam dunia ini hanya sanya iaitu baharu setengah daripada disediakan oleh Allah Ta’ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini wallahu a’lam.

Maka (hubaya-hubaya) hai segala saudara takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdah al-af’al itu yang menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokan yang wajib al-wujub dan takut olehmu daripada bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan suatu perbuatan barang perbuatan ada ia.

(Tanbih) Ya Ikhwani, ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai segala saudaraku. (Bermula) hasil kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a di dalam al-Jawahir wa al-Dur Ra’y Munfasil daripada perkataan Syaikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a : bermula segala akwan itu sekalin dinding yang mendindingi daripada memandang Haqq Ta’ala pada hal Haqq Ta’ala juayang berbuat ia dibalik hijab akwan ini tetapi diri akwan ini tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah Ta’ala, dan adalah misalnya seperti baying-bayang kayu di dalam air itu tiada ia menegahkan lalu perahu. Hanya sanya yang mendinding itu sangka kita kepadaNya jua dan pandang kita kepadaNya jua. Maka barangsiapa terbuka daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah Ta’ala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah dengan akwan ini yang memandang kepada fa’il yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenarnya iaitu Allah Ta’ala.

Maka tiba-tiba dalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab :

Pertama : Kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Ta’ala itu berbuat ia akan segala perbuatan ini dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat akan segala perbuatan itu hamba jua, dan adalah qudrah hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu maka iaitu Mazhab Mu’tazilah yang bid’ah lagi fasiq.

Kedua : Mazhab Jabariyyah iaitu kaum yang mengetahui merekaitu memandang segala mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya daripada Allah Ta’ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang mereka itu darajat kamal, maka tersalahlah mereka itu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandar akan segala perbuatan bagi hamba itu kepada mereka itu iaitu i’tiqad zindiq.

Ketiga : Kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya daripada Allah Ta’ala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta’alluq hokum syara’ tetapi keduanya itu tiada sekali-kali memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah Ta’ala sendirinya jua, maka iaitulah Ash’ariyyah itulah iktikad yang maqbudh yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kashaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab mengena usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada ta’ifah yang tiga ini atas penglihatannya itu ghisawah iaitu dinding yang menutupi daripada samapi penglihat mereka itu kepada memandang wahdah al-af’al. Selama-lamanya mereka itu di dalam dinding tertutup tiada sampai kepada maqam kashaf dan musyahadah dan mukafahah.

Keempat : Mazhab Ahl al-Kashaf yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala dan kenderaannya itu daripada hamba. Misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan hanay yang berbuat itu orang yang menyurat jua. Wallahu A’lam. Yakni yang berlaku di dalam segala ala mini Allah Ta’ala jua yang menjadikannya.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani : Telah menyebut Syaikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh dua daripada Futuhat al-Makkiyah akan barang yang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada Allah Ta’ala jua. Hanya sanya menyandarkan Allah Ta’ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggung seksa dan pahala pada hal perbuatan itu bagi Allah Ta’ala jua pada hakikatnya tetapi tatkala mendakwa kita pada ketika berhenti di dalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua. Maka menyandarkan Allah Ta’ala itu akan dia kepada kita dengan sekira-kira dakwa kita berbuat kerana cuba daripada Allah Ta’ala kepada kita apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan nipislah dindinglah dinding hijab, nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit ia daripada Allah Ta’ala pada kita. Tiada kita yang mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu kemudian, maka apabila sampailah kita kepada musyahadah ini nescaya takut kita akan tergelincir qadam kita pada barang yang telah menamakan Allah Ta’ala akan perbuatannya itu kepada kita, kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barang yang telah menamakan Allah Ta’ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barang yang telah kita ketahui itu kerana mengamalkan firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan itu maka iaitu daripada Allah dan barang yang mengenai daripada kejahatan itu maka iaitu daripada usaha dirimu.

Syahdan : kata Syaikhuna al-‘Allamah Mawlana al-Syaikh Yusuf Abu Zarrah al-Misri pada ketika tadrisnya di dalam masjid al-Haram : tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allah melainkan pada maqam ta’lim jua.

Dan kata Syaikh Ibn Hajar di dalam Syarah Arba’in pada sabda Nabi s.a.w di dalam setengah daripada segala doa iftitah ( ) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada Allah Ta’ala segala yang menghina akan dia seperti tiada harus dikata Allah Ta’ala itu menjadikan anjing dan babi, jika ada yang menjadikan tiap-tiap suatu sekalipun kerana adab. Maka tiba-tiba adalah menyandarkan perbuatan kita itu kerana menghikayatkan akan firman Allah Ta’ala jua.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s kepada syaikhnya Sayyidi ‘Ali al-Khawwas r.a ; (Soal) “Apakah hakikat usaha mengena akan dia oleh Imam Ash’ariy itu?”. Maka jawabnya r.a : “Bermula hakikat usaha itu iaitu ta’alluq iradah mumkin pada memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperoleh taqdir ilahiyy pada ketika ta’alluq iradah itu maka menamai mereka itu akan yang demikian itu usaha bagi mumkin pada makna bahawasnya mengusahakan manfaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya yakni berkehendak kepada takdir ilahi.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s : “Telah aku dengar akan dia yakni Sayyidi Ali al-Khawas r.a segala yang lain berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas sekali-kali bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira-kira takwin hanya sanya baginya hukum jua dalamnya. Maka fahamkan olehmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan athar itu.

Berkata syaikh ia pula yakni Sayyidi Ali al-Khawas r.a, bermula kenyataan yang demikian bahawasnya Haqq Ta’ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harakat atau makna daripada segala pekerjaan yang tiada sah wujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka mahal yang mengzahirkan ia akan takwin pekerjaan ini yakni pekerjaan yang tiada sekali-kali baginya itu athar dalamnya. Fafham fainnahu daqiq wa tahqiq.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s : “ Telah aku dengar saudaraku Afdal al-Din r.a berkata ia: “Tiada sekali-kali bagi mumkin ini kudrat hanya sanya baginya pada menerima athar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu yakni qudrah itu sifat daripada ketentuan yang tunggal dengan dia Ketuhanan iaitu keadaannya yang berkuasa, maka mengithbatkan qudrah bagi mumkin itu dakwa dengan tiada dalil. Dan lagi berkata Syaikh Afdal al-Din r.a :”Bermula kata kami ini muafakat serta Asya’irah yang mengithbatkan mereka itu bagi qudrah hamba serta menafikan perbuatan daripadanya.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s :”Dan telah menyebutkan oleh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a pada ba seratus dua puluh daripada Futuhat al-Makkiyah : bahawasanya mengithbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa’il daripadanya itu setengah daripada masalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fi‘il. Dan lagi berkata ia Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a : “Dan tiada membukakan Allah Ta’ala atasku dengan menghilangkan lubs yakni samar pada masalah ini yakni hal keadaannya fi’il pada hal bukan fa’il melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun 633hijrah dan sanya sukar atasku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum Ahli Sunnah dan diantar khalq yang mengena akan dia kaum mu’tazilah maka mengurnia tawfiq Allah Ta’ala akan daku dengan membukakan penglihatku atas mula-mula kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada pada ketika itu melainkan Allah Ta’ala jua”.

Maka firman Allah Ta’ala :”Bagiku di dalam Sirr ku tilik olehmu akan dia di sana mula-mula kejadian makhluk adakah pekerjaan itu mewaris lubs dan hairan?”. Maka sembahku, tiada Ya Rabb”. Maka firmannya bagiku seperti demikianlah barang yang engkau lihat akan dia daripada segala yang baharu tiada bagi seseorang di dalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah Tuhan yang menjadikan ashya’ pada sisi ashya’ tiada dengan asbab maka adalah daripada pekerjaanku kujadiakn nafakh pada Isa a.s dan kujadikan takwin ta’ir. Maka sembahku baginya ya Rabb adalah seperti demikian itu maka tiba-tiba adalah dirimu yang engkau khitab dengan katamu perbuat olehmu dan jagan engkau perbuat. Maka firmannya bagiku apabila aku perlihatkan akan dikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olehmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima akan sangat menidak-nidaki akan perbuatan tuhan seperti firmannya ( ) ertinya : jangan ditanya akan barang yang aku perbuat dan sekalian kamu itu yang ditanya. Intaha.

Syahdan : Jikalau itu jua musyahadahkan in sha’a Allah sampai jua ia kepada Allah Ta’ala kerana maqam tawhid al-af’al ini maqam di bawah sekali daripada maqam ’arifin. Maqam tawhid al-af’al inisatu martabat seperti yang lagi akan datang in sha’a Allah pada akhir khatimah.

Syahdan : Maqam inilah yang mula-mula ia anugerahkan Allah Ta’ala kepada orang-orang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang majzub umpanya. Dan erti majzub itu orang yang diambil Allah Ta’ala dengan terkejut dirinya tahu akan mengenal zatNya dan sifatNya dan asma’Nya dan af’alNya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada ditalqin daripada guru dan tiada dengan ijazah masyayikh.

Syahdan : Bahawasanya maqam inilah natijah al-suluk dan thamarahnya. Ertinya jadi daripada orang salik dan buahnya. Dan erti salik itu orang yang bersungguh-sungguh ia ijtihadnya berbuat ibadat kepada Allah dengan riyadhah ijazahkan akan dia oleh syaikhnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang yang disuruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadah dan lainya. Dan erti ’arif itu iaitu orang yang mengenal Allah Ta’ala dan mengenal hamba lagi, dapat ia membezakan akan antara khaliq dan makhluq dan musyahadah akan segala yang tersebut itu. Dan maqam inilah maqam yang pertama daripada segala maqam ’arifin yang menyampaikan ia kepada maqam yang di atasnya ia maqam tawhid al-asma’ iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam ’arifin.

No comments:

Post a Comment