Berikut  kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi  mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):
Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;
Hanafi: Makruh Tahrim
Syafi'iy:  Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam  madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal)  
alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)
Syaikh Mahmud Syaltut (Fatwa Syaltut) mengklaskan sunnah sebagai sunnah bersifat tasyri'at (perundangan) dan sunnah yang bersifat bukan tasyri' (bukan perundangan atau peraturan); maka soal menyimpan atau mencukur janggut bukanlah sunnah yang bersifat peraturan atau perundangan yang wajib dilaksanakan.
alQardhawi  (Awamil as Sa'at) menjelaskan lagi, apa yang difatwakan di zaman silam  tidak semestinya kekal begitu selama-lamanya bila berlaku perubahan pada  zaman dan tempat. Percanggahan pendapat ulama' dalam persoalan janggut  banyak ditentukan oleh faktur ulama' itu sendiri, masa dan tempat.  Misalnya RasuluLlah saw dan Abu Bakar memberi zakat kepada mu'allaf  (saudara baru), bila tiba zaman Umar alKhattab, beliau memansuhkan atas  alasan umat Islam telah kuat dan menjadi kuasa dunia, maka tidak perlu  diberi wang zakat kepada mu'allaf kerana illat (tujuan) pemberian pada  asalnya ialah untuk menjinakkan hati saudara baru. Fuqaha' juga sentiasa  berselisih pendapat dalm maksud hadis-hadis ; apakah ia bermaksud  perintah dari Nabi saw atau hanya nasihat atau petunjuk sahaja.
Misalnya  dalam isu apakah suami boleh berasmara dengan isterinya disiang hari di  bulan Ramadhan? Nabi saw memberi banyak version; ada hadis yang  melarang, ada hadis yang Nabi saw tidak melarang seseorang mencumbui  isteri di siang hari bulan Ramadhan. Begitu juga hadis-hadis mengenai  penentuan Ramadhan, hadis-hadisnya boleh ditakwil sebagai wajib secara  hilal, dan ada ulama yang berpendapat zaman telah berubah, penentuan  secara falak lebih tepat daripada hilal. Maka janggut termasuk  dalamisu-isu yang boleh berubah disebabkan oleh faktur ia bukan tasyri',  faktur ulama', faktur zaman, uruf, dan tempat atau bangsa itu (misalnya  penganut Islam berbangsa Cina, Jepun dan Melayu yang kurang bulu di  mukanya).
Kesimpulan: Buat masa ini di mana Islam dan umatnya sedang  tenat dan gawat dengan pelbagai masalah yang kronik, Soal mencukur  janggut tidak dapat lagi dikaitkan dengan dosa-pahala; perbahasan  dosa-pahala hanya releven bila sunnah-sunnah yang bersifat wajib telah  berjaya ditegakkan oleh umat Islam dalam kehidupan individu, masyarakat  dan negara. Bahkan Umar alKhattab ra biasa melakukan sesuatu yang lebih  dahsyat dari ini, ketika berlakunya tahun kelaparan dan kemarau yang  dikenali tahun Ramadah, Umar telah menangguhkan pungutan zakat ternakan  dan tanaman; Umar juga telah menangguhkan hukum hudud pemotongan tangan  bagi yang mencuri di tahun ramadah. Ini suatu yang lebih besar dari  urusan mencukur dan menyimpan janggut. oleh itu janganlah kita terlalu  memikirkan urusan umat Islam yang mencukur janggut mereka buat masa ini;  kita menghadapi isu-isu mega yang lebih utama untuk dilaksanakan  sebelum berdepan dengan isu janggut dan misai. Namun, mereka yang ingin  melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji  pada syara'. Ini tidak ada khilaf lagi.
(kongsian : http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id102.html )
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 

 
No comments:
Post a Comment