Ada dikalangan umat manusia di bumi kita masih lagi sangsi, keliru dan buat tidak tahu setelah suluhan ilmu tentang haramnya “valentine day” begitu sekali nyala dan terang dihadapan kita. Apakah manusia di kalangan umat ini sudah hilang jatidiri? Dimanakah sifat kebanggaan kalian bialn sekali bergelar Muslim maka selamanya mensti Islamkan diri pada Islam. Sekiranya bagi pihak Islam, ada ilmuannya yang telah mengeluarkan fatwa berkenaan tentang haramnya perayaan kuno dan sesat tersebut mengapakah umat masih keras kepala? Insaflah wahai umat…..
Mengenangkan nasib umat, maka marilah bersama kita insafi diri ini di hadapan Yang Maha Pencipta. Tentang kedurjanaan yang telah menimpa diri. Kembalilah ke pangkal manhaj rabbani. Siapakah yang patut dikasihi??
Sekiranya al-Subkiy lantas berdiri tatkala dinasidkan bait ini ;
Adakah kita masih lagi ingin meraikan sambutan kuno yang terhasil dari da’yah kuffar tersebut? Sedarlah umat…Rabi’ al-awwal kembali lagi…inilah sambutan yang perlu diraikan bersama…inilah hari meraih cinta sang kekasih yang telah menunjuk jalan bahagia…
Jangan ragu, jangan engkar pada yang enggan…pastinya ada yang bersuara ;
“Ada dikalangan orang alim kita berbangga dengan fatwa mengharamkan Valentine day..namun kebodohan yang nyata timbul lewat fatwanya tersebut dengan menganjurkan sesuatu yang tidak pernah dianjurkan agama…yang termasuk dalam perkara yang baharu dalam perihal agama… menyayangi Nabi bukan dengan hanya sambut hari jadinya…sambut hari jadinya siapa yang suruh???”
Suluhlah akalmu di bawah cahaya wahyu nabawiy…Jangan dilayan akal keringmu. Jikalau dakwa ilmumu seluas lautan maka hayatilah kalam Abu Syamah (guru kepada al-Imam al-Nawawiy) ini :
Maksudnya : “dan darihal kebaikan apa yang dianjurkan pada masa kita ini (mawlid Nabawiy) ini adalah perkara baharu yang baik (baik kerana ada sandaran wahyunya)..Ia adalah apa yang berlaku di Arbil, pada hari kelahiran Nabi s.a.w dianjurkan bersedekah, membuat khairat, menlahirkan perasaan dan bergembira (tanda terima kasihmu dengan kehadirannya). Sesungguhnya selain demikian itu yang melahirkan kepada kepada para fakir juga symbol cintu pada Nabi s.a.w, mengagung dan membesarkannya di dalam sanubari pelakunya dan mensyukuri di atas kurniaan Allah mengirimkan utusannya. Yang pertama meraikannya ialah Syaeikh Umar dari Mawsul seorang soleh yang masyhur….”
Fikirkanlah wahai mereka yang keliru. Bertanyalah al-Suyutiyy jika kamu tidak puas hati dengan kami yang menyanjung al-Rasul s.a.w dengan Nubuwwah dan Risalahnya dengan amar Ilahi. Jika dirimu masih enggan kerana ketaksubanmu pada sesuatu yang merugikan itu maka saksikanlah al-Suyutiyy berceritera tentang kesaihnya al-Mustafa s.a.w ;
Ertinya ; “Sesungguhnya asal amalan mawlid iaitu perhimpunan manusia, membacakan ayat-ayat al-Qu’an, meriwayatkan berita-berita yang berkaitan permulaan kehidupan Nabi s.a.w dan apa yang berlaku ketika kelahirannya dari tanda-tanda kemudian dipanjangkan denagn meraikannya dengan jamuan- adalah dari perkara yang direka (bid’ah) yang baik(hasanah-kerana wujud asasnya) yang MENGHASILKAN PAHALA KEPADA MELAKUKANNYA KERANA AMALAN TERSEBUT MENGAGUNGKAN STATUS NABI S.A.W DAN MENZAHIRKAN KEGEMBIRAAN TERHADAP KELAHIRANNYA!!”
Berterima kasihlah kalian pada ketika ketaksuban kamu bersama Syaikh al-Islam kerana dalam hal ini sesungguhnya beliau tidak menunjukkan kekeliruannya tatkala berhadapan dengan Sayyid al-Mustafa s.a.w dengan katanya :
“ Maka mengagungkan mawlid Rasul dan merayakan secara bermusim, terkadang manusia berbuat demikian adalah BAGINYA PAHALA YANG BESAR KERANA TUJUAN YANG BAIK DAN MENGAGUNGKAN RASULULLAH S.A.W DAN KELUARGANYA “..
يا نسبة أدخلت سلمان في النسب بقـــــول طــــــه رسول الله خير نبي
ReplyDeleteسلمـــــــان منـا بآل البيت ألحقـــــه مــــــع أنه فارســـــي ليس بالعربي
وأخرجت عمـــــــه الأدنى إليه كمـــا أتاه تبت يــــدا وحـــــــيــا أبي لهــب
فابحـــــث عن النسبة المرفوع جانبه ما تلك واعمــــل عليها فيك وانتسب
ومجمــل القــول في معنى حقيقتها بأنهــــــــا ملـــــة الإسلام فاحتسب
إســـلام روح وعقـــل للإلـه مـــــــعا بلا شعــــــــور ولا قصــــــــد ولا أرب
هــذا وتفصـيلـــه إن رمــــت تعــــرفه فــإنهــا حـــالة مجموعــــــــــة الأدب
ســــر من الغيب سار في سريرة من لــه يريـــد بلا سعــــى ولا ســــــبب
فإن بدت لك مـــن فيـض الإلــه هــــنا فاسجــــــد لمولاك في دنياك واقترب
سجــــود قلـــب أنـار الغـــيـب طلعته فلـــم يـدع عنـده ريـبا مـــــــن الريب
وأسلــمت نفـســــه طــــوعا لخالقها وآمنــت بالذي فيهــــــا مــــــن الرتب
وأصبحــــت ســـائر الأكــــــوان تطلبه لأنه ســــــــرها المخصـــوص بالقرب
تنــزلات كــــلام لا حـــــــــــــروف له ولا عـــــروض معانـي جمــــل الكتب
حــــق تنـزه عــــــن روح وعن جســد وعن ظهور وعما في البطــــون خبــي
هذا حقيقة إســــلام الذي سلــمــت منها بها نفســـــــه عن صدق مرتقب
وهو الذي لم تكــــــن توصــــف به أبدا غير النبيين في الماضي مـــن الحقب
حتى الخلــيل لنا بالمسلمـــين لقــــد سمى كما جاء في القـرآن يا ابن أبـي
فاقنـــــع بمجملــه واطلــــــب مفصله فربمـــا فــــــزت بعــد الكشف للعجب
ونلت ما نلت بالفيض المقدس لا بالـــ كسب منك ودم في السعي واكتسب