"Sesuatu yang terawal Allah ciptakan adalah Nur Ku (Muhammad)"
Dengannya kami meriwayatkan Hadith Nur Muhammad ini dari al-Marhum Tuan Guru kami al-al-'Allamah Hj Abdullah bin Hj Abd Rahman (Lubok Tapah) dari al-Syaikh Muhammad al-Banjari dari Musnid al-Dunya Syaikh Yasin al-Fadani dari Syaikh Muhamad Ali al-Maliki dari Sayyid Abu Bakr Syatta al-Makki dari Syaikh al-Islam Zaini Dahlan Dari Syaikh Uthman al-Dimyati (........) dari Jabir r.a yang bertanya kepada Rasulillah s.a.w tentang perkara pertama yang diciptakan oleh Allah. ;
Jabir ibn `Abd Allah r.a. berkata kepada Rasullullah s.a.w:
"Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mu, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya"
`Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian." al-`Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib. Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd al-Razzaq (m 211H) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400 ahadith. `Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwah dan mengatakan ia sahih. `Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin. al-Nubhani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354). al-Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain. Antara lain berlaku penolakan hadith ini adalah kerana ketiadaan hadith ini dalam Musannaf bagi Abd Razzaq (cetakan semasa) namun dalam cetakan yang terdahulu dan yang diterbitkan oleh Isa Abdullah al-Humayri dengan taqriz Syaikh Mahmud Sa'id Mamduh memasukkan hadith ini bermula dengan Bab Nur Muhammad hingga Bab Menyapu Muka berdasarkan manuskrip Ishaq Abd Rahman al-Sulaimani (933H).
Rasulullah s.a.w ialah "Nur" dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Qur’an 5:15-Al-Rahman).
Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:
Jalal al-Din al-Suyuti
(Tafsir al-Jalalayn, 139): "Ia adalah Rasullullah s.a.w"
Ibn Jarir al-Tabari
(Jami‘ al-bayan, 6.161): " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."
Fakhr al-Razi
(al-Tafsir al-kabir, 11:194): "Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"
al-Qurtubi dan Mawardi
(Ahkam al-Qur’an , 6.118) dan (al-Nukat wa al-‘uyun, 2.22)
menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad
al-Zajjaj (m. 311H).
Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah didzahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."
al-Qari
berkata dalam Sharh al-shifa' (1:505):
" Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia. Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan baginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan."
Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari adalah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir; tegasnya menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian.
Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(24:35)
al-Suyuti berkata :
" Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan."
Ya Sayyidi Ya Rasul Allah.
Madad! Nazrah!
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله الطيبين و اصحابه اجمعين و من تبعهم باحسان الى يوم الدين.........امين يارب العالمين.
ReplyDelete