FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN TAWHID AL-SIFAT
Bermula fasal yang ketiga pada menyatakan tawhid al-sifat yakni mengesakan Allah Ta’ala pada segala sifat yang berdiri ia pada Zat Allah, iaitu ibarat daripada fana’ segala sifat makhluk sama ada sifat diriNya atau lainnya sekaliannya itu fana’ ia di dalam sifat Allah. Bermula kaifiat memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan iktikadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatNya itu iaitu seperti qudrah dan iradah dan ’ilm dan hayat, sama’ dan basar dan kalam sekaliannya itu sifat Allah Ta’ala kerana ini kepada makhluk atas jalan majaz jua tiada pada hakikatnya. Dan hanya sanya segala sifat yang tersebut itu engkau lihat ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat Allah Ta’ala jua. Maka apabila tahkiklah memandangmu dengan demikian itu nescaya fana’lah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allah Ta’ala. Yakni, tiada mendengar ia melainkan dengan pendengar Allah Ta’ala, dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat Allah Ta’ala, dan tiada tahu melaikan dengan tahu Allah Ta’ala, dan tiada hidup melainkan dengan hayat Allah Ta’ala, dan tiada berkata-kata ia melainkan dengan kalam Allah Ta’ala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekaliannya itu dengan sifat Allah Ta’ala jua.
Bermula dalil yang menunjukkan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekalian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat Allah Ta’ala jua iaitu firman Allah Ta’ala di dalam hadith qudsi : ( ) ertinya tiada menghampirkan oleh segala orang yang menghampirkan dirinya kepada aku dengan seumpama mengerjakan barang yang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan dirinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala ibadat yang sunat hingga aku aksih akan dia, maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengarnya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatnya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya yang berkata-kata ia dengan dia dan tangannya yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang cinta ia dengan dia.
Syahdan : Bermula tajalli sifat itu bahawa engkau pandang akan Haqq Ta’ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan Allah, maka fana’lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya. Kemudian, maka apabila tetaplah tajalli sifat Yang Satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu. Kemudian, maka satu seperti basar dan kalam dan iradah dan ’ata’ dan man’ maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan demikian itu hanay menerima daripada Allah Ta’ala jua. Kemudian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli ia pula atasmu, maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat hayy maka hapuslah hayat itu daripada dirimu, maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya Allah Ta’ala jua. Maka apabila hasillah bagimu maqam fana’ ini, pada ketika itu maka jadilah engkau baqa’ bi sifat Allah, maka beroleh kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal, maka kenallah engkau akan dia dengan pengenal yang layak dengan sempurnaanNya, dan jadilah engkau pada ketika itu fana’ fi sifat Allah dan baqa’ bi sifat Allah. Dan memberitahu Allah akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.
Syahdan : Pada maqam al-baqa’ yakni maqam tawhid al-sifat inilah kesudahan yang diharap dan dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tawhid al-sifat inilah kesudahannya sampai daripada kebanyakan daripada segala anbiya’ dan awliya’ dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan Nabi kita Muhammad s.a.w jua dan barang yang ada anbiya’ dan awliya’ yang di bawah qadamnya.
Syahdan : Faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij : ertinya satu kemudian, maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat ini terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamakkun dan tetap ia dengan yang satu itu. Manakala tammakun dan tetap ia dengan yang satu itu nescaya hasillah daripada kuat bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajalli zat kerana tiada kuasa seseorang menanggung akan tajjali zat itu sebelum lagi tamakkun dan tetap pada tajalli segala sifat itu di dalam hati. Maka apabila sampailah seorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia khalifah Allah Ta’ala di dalam bumi ini dan menjadikan Allah akan dia itu seperti ganti pada meluaskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti Nabi Allah Adam a.s menjadi khalifah pada segala alam ini, seperti firaman Allah : ( ) ertinya dan tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat ; bahawasanya aku hendak menjadikan di dalam bumi itu seorang khalifah yakni yang mengganti akan daku pada meluaskan pada hukumku di dalam bumi maka tiada menjadikan ia pada khalifahnya melainkan bahawa mencari akan dia segala asma’ sekaliannya, seperti firman Allah : ( ) ertinya dan telah mencari Allah akan Nabi Allah Adam a.s akan segala asma’ ada nyata ataupun tersembunyi dengan pengajaran daripada Allah Ta’ala kerana jadi khalifahnya seperti kata setengah ’arifin bi Allah : ( ) barangsiapa mengenal ia akan Allah Ta’ala dengan sebenar-benar pengenal, nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun, dan lagi menganugerahi Allah akan dia itu ’ilm ladunni : iaitu ilmu yang diilhamkan Allah Ta’ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyayikh : iaitu ilmu yang tetap yang tiada boleh hilang dan lupa. Maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan ’alim yang sebenar seperti kata Abu Yazid al-Bistami q.a.s dan lainnya : ”Bukannya orang alim itu orang yang menghafazkan ilmunya daripada kitab, apabila lupa ia akn barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil”. Dan hanya sanya orang yang alim itu iaitu orang yang mengambil akn ilmu daripada tuhannya barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daras, maka orang itulah yang dinamakan al-’alim al-rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan di dalm firman Allah : ( ) ertinya dan kami akan dia akan ilmu daripada kami, yakni dengan tiada wasitah dengan belajar. Dan setengah ilmu itu dengan wasitah belajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ’ilm ladunni tetapi ’ilm ladunni itu yang terbuka sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada kharij. Kata Abu Yazid al-Bistami q.a.s pbagi segala ulama zahir pada masanya : ( ) ertinya ”kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama al-zahir hal keadaannya mayyit daripada mayyit dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada Tuhan Yang Hidup yang tiada mati. Intaha. Demikianlah hasil yang disebutkan oleh Imam al-Ghazzali di dalam Ihya’ ’Ulum al-Din.
Adapun pada maqam inilah meiahat ia pada segala perkara sekaliannya sama ada ia zahir atau batin dan terbuka baginya segala hakikat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerahi Allah Ta’ala akan dia. Tiada terlindung atasnya seberat zarah jua pun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang jua pun menegahkan dia seperti yang tersebut di dalam Qur’an, firmanNya : ( ) ertinya sekaliannya kami anugerahi mereka itu dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah. Dan lagi pula maqam ini mendengar ia segala seru sama ada seru itu dengan lidah yang zahir atau dengan lidah yang batin, iaitu ibarat daripada khatr hati sama ada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua, jikalau balik Jabal Qaf sekali pun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekaliannya itu.
Dan warid daripada hadith bahawasanya sekalian alam ini pada awliya’ Allah itu seperti qadam jua dengan semata-mata anugerah Allah Ta’ala dan rahmatNya, maka bersungguh-sungguhlah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya dapat engkau akan dia. Dan bersungguh-sungguhlah engkau pada minta doa kepada Allah Ta’ala kerana Allah swt itu memperkenankan pinta orang yang meminta, seperti firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya mintalah olehmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu.
Syahdan : Yang bersalahan ulama’ pada segala sifat itu : adakah dia diri zat atau lain daripadanya? Kata ulama usul al-din yakni ahli al-sunnah wa al-jama’ah r.a bahawasanya segala sifat ini sekaliannya qadim seperti zatNya jua, dan QidamNya pun dengan Qidam Zat jua. Dan WujudNya pun dengan Wujud Zat jua, yakni tiada boleh tanggal daripadanya tetapi adalah ia makna yang berdiri kepada zat tiada yang lain daripada zat. Lagi bertambah atas qawl ini dalah Allah Ta’ala Qadir bi Qudratih, Murid bi Iradatih, dan ’Alim bi ’Ilmih, dan Hayy bi Hayatih, dan Sami’ bi Sam’ih, dan Basir bi Basarih, dan Mutakallim bi Kalamih.
Dan kata ulama al-Tasawwuf yakni ’arifin bi Allah q.a.s : Bahawasanya segala sifat itu diri mawsuf , tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya. Tetapi adalah ia mawsuf yakni diri zat maka qawl ini adalah : Allah Qadir bi Zatihi, dan Murid bi Zatih, dan ’Alim bi Zatih, dan Sami’ bi Zatih, dan Basir bi Zatih, dan Mutakallim bi Zatih, tiada lainnya.
Dan kata Syaikhuna al-’Arif bi Allah Mawlana Siddiq bin Umar Khan, tilmiz al-Marhum al-Qutb al-Rabbani Mawlana al-Syaikh Muhammad bin Abdul Karim al-Sammani al-Madani r.a : Bermula qawl yang menatakan bahawasanya sifat itu diri mawsuf tiada lain daripadanya maka atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qawl ini thabit pada mereka yakni ahli al-Tasawwuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana mereka itu sentiasa musyahadahkan Allah, maka dibukakan oleh Allah Ta’ala akan mereka itu dinding sifatnya, maka tiada dilihatnya dan didapatinya oleh mereka itu akan sifat itu berdiri berdiri kepada makna qa’im ia kepada zat, dan hanya yang dillihat dan didapat oleh mereka itu sifat itu berdiri berdiri kepada zat jua. Dan lagi pula mengambil mereka itu dengan akal, jikalau bahawasanya siaft itu lain daripada mawsuf nescaya adalah Allah Ta’ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia. Maha suci Alalh daripada yang demikian itu, tetapi adalah terlebih ma’rifah daripada yang ma’rifah.
Bermula qawl yang mengatakan bahawasnya siaft itu lain daripada zat dan algi bertambah ia atasnya, maka atas jalan akal dan iktikad. Iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia ism musytaqq. Maka bagi tiap-tiap ism musytaqq itu tiada dapat baginya daripada musytaqq minhu iaitu seperti Qadir umpamanya. Maka iaitu ism musytaqq ertinya yang diterbitkan, maka tiada dapat tiada baginya itu daripada musytaqq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah yakni bahawasanya Qadir itu ism fa’il diterbitkan daripada masdar iaitu qudrah. Maka Qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya wujud sendirinya. Hanya wujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qidamnya pun dengan qidam zat jua. Dan lagi pula terupa yang demikian itu pada iktikad kita selama lagi sampai kepada maqam mukafahah yakni berhadapan dan musyahadah yakni berpandangan. Adapun jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah, maka tiada dilihat di sana sifat ini lain daripada suf. Intaha. Dimisalkan seperti seorang orang yang di Jawi umpama dikhabarkan oleh seseorang akan akan dia Hajar al-Aswad itu seperti yang disifatkan oleh orang yang pada akalnya tatkala selama ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya, maka dikata ia yang hitam maka jazamlah pada iktikadnya dengan yang demikian itu kerana tiada dapat sekali-kali dirupakan oleh akal. Dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah, maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia ke negeri Makkah umpama terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan hakikatnya sebenarnya jua Hajar al-Aswad itu yang hitam seperti yang dikhabar oleh orang itu jua. Maka hilanglah pada ketika itu iktikadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada Hajar al-Aswad tetapi yang hitam itulah zat Hajar al-Aswad tiada lainnya. Fafham wa al-salam.
Soal : Jika ditanya orang apa perbezaan mazhab ahl al-Tasawwuf ini dengan mazhab Mu’tazilah?
Jawab : Bahawasanya mazhab Mu’tazilah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu, iaitu iktikadkannya dengan ittihad : ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu wujud istiqlal. Dan ada bagi sifat wujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakar nabat dengan air. Maha Tinggi Allah Ta’ala daripada sangka Mu’tazilah yang bid’ah fasiq itu dengan ketinggian yang amat besar.
Syahdan : Bahawa maqam tawhid al-sifat inilah maqam yang tetap dan rasikh maka tatkala sudah habis segala tajalli sifat itu di dalam hati maka dianugerahkan Allah Ta’ala akan dia pada ketika itu quwwah yang dapat ia menanggung akan tajalli zat, jika dikehendaki Allah Ta’ala maqam inilah yang menyampaikan orang ’arif itu kepada maqam yang di atasnya iaitu maqam tawhid al-zat. Inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ’arifin. Wa al-salam.