Monday, November 8, 2010

Solat yang menjaga kamu!

قوله تعالى : إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر ولذكر الله أكبر
"sesungguhnya solat itu selamanya akan mencegah kamu daripada
perbuatan buruk dan munkar " (al-'Ankabut ; 45)



Daripada S. Abdullah Bin Umar r.a : telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang menjaga solatnya, maka ia (solat) akan hadir (pada hari kiamat) sebagai cahaya, dalil dan pelepasan baginya. Adapun bagi mereka yang tidak menjaga akan bersama Qarun, Fir'awn, Haman dan Ubay bin Khalaf di dalam neraka".

Wasiat yang ke-14 dari kompilasi 55 wasiat nabawiyah karangan Syeikh 'Ajjaj ini nampak begitu skali familiar bagi individu muslim apatah lagi ketika khutbah jumaat setiap minggu antara kita akan mendengar ayat 45 surah al-Ankabut di atas.

Ramai yang menganggap solat benteng mu'minin, doa senjata salihin dan zikir perisai salikin. Namun sebelum berbicara bab doa dan zikir, apakah pattern solat yang boleh membanggakan kita apabila ia betul-betul akan berfungsi menghalang dan mencegah kita dari berbuat mungkar? Telinga kita sudah lali dengan ayat tersebut menyebabkan usaha kita hanya menunaikan sembahyang tanpa menyelidiki mutui sembahnya tersebuat. Memang benar al-Qur'an menyeru" Dirikanlah solat...Dirikanlah solat", akan tetapi solat yang bagaimana??
Dan bagaimana pula "cakap" Baginda al-Rasul s.a.w berkenaan solat yang akan menjaga kita??

al-Rasul s.a.w menggunakan perkataan "jaga" @ "حافظ" bagi menjelaskan syarat bagaimana solat akan menjaga seseorang daripada fahsya' dan munkar... Jelas sekali signalnya dalam hadith tersebut melalui perkatan "حافظ" yang membawa maksud penjagaan yang sampai satu tahap solat akan menjaga kamu. Dengan kata lain solat dengan benar-benar solat dengan meraikan wudhu'nya, khusyu;nya, rukunnya, syaratnya, wajibnya, sunatnya, tilawahnya atau dengan kata lain menjaga keseluruhan asper zahir dan batin solat maka solat tersebut akan menjaga si pelakunya tersebut! Dalam pada kadar tersebut solat itu biarlah sampi pada tahap ingat @ zikir pada Allah, kerana itulah yang terlebih besar dalam usaha mencapai solat sebagai penjaga kita.

Dengan itu, aktiviti saling menjaga tersebut akan berlaku setelah mana kita meraikan kalimah "حافظ" terhadap solat, maka selepas itu solat akan menjadi sebab bagaimana caranya kita berada di bawah hafazah Allah sebagaimana mereka yang telah melaluinya.

Kuliah Zohor DBKL Cawangan Penguatkusaan 8/11/2010


No comments:

Post a Comment