Monday, November 8, 2010

Nabi Ibrahim : Bekalannya.

Apa dia bekalan Nabi Ibrahim a.s??

Berkata Sayyidi al-Ghawth Abi Madyan r.a dalam kalam pertama hikmya :

Tiada akan beroleh ilmu ini (tasawwuf) melainkan bagi mereka yang memperolehi:

1. Zuhud
2. Ilmu
3. Yakin
4. Tawakkal

Hikmah di atas rupanya secara langsung menjadi kesimpulan cerita perjuangan Nabi Ibrahim a.s salam yang mencapai tahap khullah dalam cintanya terhadap Allah Ta'ala dengan ternobatnya Baginda sebagai khalil Allah yang juga dikenali sebagai Bapa Tauhid.

Zuhud

Nabi Ibrahim a.s sebagai hamba Allah yang dimuliakan dengan risalahnya tidak kelihatan dalam catatan bahawa beliau adalah seorang yang hartawan. Disebabkan misinya yang jelas baginda langsung tidak menghiraukan keadaan masyarakatnya yang hanyut dengan harta benda hingga membinasakan diri masing-masing. Cinta dunia baginda gugur ketika mana hadirnya cahaya cinta yang membuak-buak dalam sanubarinya. Dari ini kita dapat kesan zuhud iaitu gugur cinta dunia menjadikan beliau mendaki gunung ma'rifah dengan cemerlangnya dengan izin Allah ta'ala jua.

Ilmu

Bagaimana kita boleh katakan seseorang mampu istiqamah dalam sesuatu perjuangan tanpa dirinya "tahu" apa yang ingin dicapai. Maka dari itu, haruslah difahami, segala harakat dan sakanat anak Adam itu terhenti dengan ilmunya (hasil pencerahan dari Allah ta'ala jua). Namun perbahasan mengenai kadar ilmu tersebut amatlah subjekif dan amat sukar untuk diobjekkan. Begitulah halnya yang berlaku kepada Rasul Allah ini, tanpa pengetahuan, tanpa faham, tanpa ilmu Baginda a.s tidak akan menjalankan misi tawhid walaupun hebat sekali mendapat tentangan dari seterunya, Namrud. Bekal ilmu inilah yang berdarah daging dalam perjuangan Baginda yang akhirnya menobatkan kapasiti Baginda sebagai Ummah dalam al-Quran al-Karim.

Yakin

Dalam kes al-Yaqin, al-Ghazali r.a begitu sekali mampu untuk memberikan kita tasawwur yang jelas melalui perbahasan 'ilm, 'ayn dan haqq terhadap al-yaqin. Tanpa keyakinan, Nabi Irahim a.s berkemungkinan akan mengalami sikap putus asa dalam mengharungai perjuangan yang 1000 kali lebih pahit jikalau dibandingkan denagn perjuangan hari ini. Berbekal yakinlah, baginda mampu bertahan walaupun seorang diri melawan musuh. Berbekal yakinlah, Baginda berjaya melepasi ujian "korban"terhadap Allah ta'ala... Bagaimana kita??

Tawakal

Inilah yang dikatakan kemuncak "modal" dalam pengharapan Nabi Ibrahim dalam misi memperjuangkan obor tawhid Allah. Zuhud, Ilmu dan Yakin tidak mampu menandingi tawakal sekiranya ia tidak bersama Nabi Allah Ibrahim a.s. Dengan tawakkal Baginda terselamat dari Azab Namrud, dengan tawakkal baginda lepas dari hukum panasnya api dan juga dengan tawakkallah baginda dan anaknya saydina Ismail a.s tergolong dalam kalangan mereka yang dikasihi Allah. Persoalan mendatang, kesannya dan akibatnya dalam perjuangan tidak langsung dberada dalam benak saydina Ibrahim al-Khalil, dengan tawakkallah baginda cemerlang.

Dengan zuhud, ilmu, yakin dan tawakkal Baginda a.s sampai ke tahap Khullah, dengannya juga Baginda a.s bertemu Allah kekasihnya abadinya.

Dada sudah ditepuk, apa kata IMAN??

Kuliah Zohor Pejabat HARAKAH
4/11/2010




No comments:

Post a Comment