Monday, November 8, 2010

Nabi Ibrahim : Bekalannya.

Apa dia bekalan Nabi Ibrahim a.s??

Berkata Sayyidi al-Ghawth Abi Madyan r.a dalam kalam pertama hikmya :

Tiada akan beroleh ilmu ini (tasawwuf) melainkan bagi mereka yang memperolehi:

1. Zuhud
2. Ilmu
3. Yakin
4. Tawakkal

Hikmah di atas rupanya secara langsung menjadi kesimpulan cerita perjuangan Nabi Ibrahim a.s salam yang mencapai tahap khullah dalam cintanya terhadap Allah Ta'ala dengan ternobatnya Baginda sebagai khalil Allah yang juga dikenali sebagai Bapa Tauhid.

Zuhud

Nabi Ibrahim a.s sebagai hamba Allah yang dimuliakan dengan risalahnya tidak kelihatan dalam catatan bahawa beliau adalah seorang yang hartawan. Disebabkan misinya yang jelas baginda langsung tidak menghiraukan keadaan masyarakatnya yang hanyut dengan harta benda hingga membinasakan diri masing-masing. Cinta dunia baginda gugur ketika mana hadirnya cahaya cinta yang membuak-buak dalam sanubarinya. Dari ini kita dapat kesan zuhud iaitu gugur cinta dunia menjadikan beliau mendaki gunung ma'rifah dengan cemerlangnya dengan izin Allah ta'ala jua.

Ilmu

Bagaimana kita boleh katakan seseorang mampu istiqamah dalam sesuatu perjuangan tanpa dirinya "tahu" apa yang ingin dicapai. Maka dari itu, haruslah difahami, segala harakat dan sakanat anak Adam itu terhenti dengan ilmunya (hasil pencerahan dari Allah ta'ala jua). Namun perbahasan mengenai kadar ilmu tersebut amatlah subjekif dan amat sukar untuk diobjekkan. Begitulah halnya yang berlaku kepada Rasul Allah ini, tanpa pengetahuan, tanpa faham, tanpa ilmu Baginda a.s tidak akan menjalankan misi tawhid walaupun hebat sekali mendapat tentangan dari seterunya, Namrud. Bekal ilmu inilah yang berdarah daging dalam perjuangan Baginda yang akhirnya menobatkan kapasiti Baginda sebagai Ummah dalam al-Quran al-Karim.

Yakin

Dalam kes al-Yaqin, al-Ghazali r.a begitu sekali mampu untuk memberikan kita tasawwur yang jelas melalui perbahasan 'ilm, 'ayn dan haqq terhadap al-yaqin. Tanpa keyakinan, Nabi Irahim a.s berkemungkinan akan mengalami sikap putus asa dalam mengharungai perjuangan yang 1000 kali lebih pahit jikalau dibandingkan denagn perjuangan hari ini. Berbekal yakinlah, baginda mampu bertahan walaupun seorang diri melawan musuh. Berbekal yakinlah, Baginda berjaya melepasi ujian "korban"terhadap Allah ta'ala... Bagaimana kita??

Tawakal

Inilah yang dikatakan kemuncak "modal" dalam pengharapan Nabi Ibrahim dalam misi memperjuangkan obor tawhid Allah. Zuhud, Ilmu dan Yakin tidak mampu menandingi tawakal sekiranya ia tidak bersama Nabi Allah Ibrahim a.s. Dengan tawakkal Baginda terselamat dari Azab Namrud, dengan tawakkal baginda lepas dari hukum panasnya api dan juga dengan tawakkallah baginda dan anaknya saydina Ismail a.s tergolong dalam kalangan mereka yang dikasihi Allah. Persoalan mendatang, kesannya dan akibatnya dalam perjuangan tidak langsung dberada dalam benak saydina Ibrahim al-Khalil, dengan tawakkallah baginda cemerlang.

Dengan zuhud, ilmu, yakin dan tawakkal Baginda a.s sampai ke tahap Khullah, dengannya juga Baginda a.s bertemu Allah kekasihnya abadinya.

Dada sudah ditepuk, apa kata IMAN??

Kuliah Zohor Pejabat HARAKAH
4/11/2010




Solat yang menjaga kamu!

قوله تعالى : إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر ولذكر الله أكبر
"sesungguhnya solat itu selamanya akan mencegah kamu daripada
perbuatan buruk dan munkar " (al-'Ankabut ; 45)



Daripada S. Abdullah Bin Umar r.a : telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang menjaga solatnya, maka ia (solat) akan hadir (pada hari kiamat) sebagai cahaya, dalil dan pelepasan baginya. Adapun bagi mereka yang tidak menjaga akan bersama Qarun, Fir'awn, Haman dan Ubay bin Khalaf di dalam neraka".

Wasiat yang ke-14 dari kompilasi 55 wasiat nabawiyah karangan Syeikh 'Ajjaj ini nampak begitu skali familiar bagi individu muslim apatah lagi ketika khutbah jumaat setiap minggu antara kita akan mendengar ayat 45 surah al-Ankabut di atas.

Ramai yang menganggap solat benteng mu'minin, doa senjata salihin dan zikir perisai salikin. Namun sebelum berbicara bab doa dan zikir, apakah pattern solat yang boleh membanggakan kita apabila ia betul-betul akan berfungsi menghalang dan mencegah kita dari berbuat mungkar? Telinga kita sudah lali dengan ayat tersebut menyebabkan usaha kita hanya menunaikan sembahyang tanpa menyelidiki mutui sembahnya tersebuat. Memang benar al-Qur'an menyeru" Dirikanlah solat...Dirikanlah solat", akan tetapi solat yang bagaimana??
Dan bagaimana pula "cakap" Baginda al-Rasul s.a.w berkenaan solat yang akan menjaga kita??

al-Rasul s.a.w menggunakan perkataan "jaga" @ "حافظ" bagi menjelaskan syarat bagaimana solat akan menjaga seseorang daripada fahsya' dan munkar... Jelas sekali signalnya dalam hadith tersebut melalui perkatan "حافظ" yang membawa maksud penjagaan yang sampai satu tahap solat akan menjaga kamu. Dengan kata lain solat dengan benar-benar solat dengan meraikan wudhu'nya, khusyu;nya, rukunnya, syaratnya, wajibnya, sunatnya, tilawahnya atau dengan kata lain menjaga keseluruhan asper zahir dan batin solat maka solat tersebut akan menjaga si pelakunya tersebut! Dalam pada kadar tersebut solat itu biarlah sampi pada tahap ingat @ zikir pada Allah, kerana itulah yang terlebih besar dalam usaha mencapai solat sebagai penjaga kita.

Dengan itu, aktiviti saling menjaga tersebut akan berlaku setelah mana kita meraikan kalimah "حافظ" terhadap solat, maka selepas itu solat akan menjadi sebab bagaimana caranya kita berada di bawah hafazah Allah sebagaimana mereka yang telah melaluinya.

Kuliah Zohor DBKL Cawangan Penguatkusaan 8/11/2010


al-Takathur

Memahami al-Takathur

Fitrah manusia untuk memiliki sesuatu benda yang banyak jumlahnya, cantik rupanya, mahal nilainya tidak dapat disangkal oleh akal yang waras. Hal yang tersebut perlu difahami dari neraca Islamik dan disadurkan dengan prosedur yang Sunnatik sifatnya supaya kita terselamat dari fitnah al-Takathur.

Dalam keghairahan tersebut, perlu difahamkan bahawa al-Takathur akan menyebabkan manusia itu lalai (al-lahw). al-Takathur yang melalaikan manusia hadir dengan dua makna :

1. sesuatu benda (harta) dalam kuantiti yang banyak
2. usaha mendapatkan sesuatu yang banyak.

Justeru al-Quran menyatakan : "Telah melalaikan kamu oleh sesuatu yang banyak". (al-Takathur ; 1)

Namun, dalam kita memahami krisis jiwa ini, timbul pula bagaimana kita harus mengendalikan nikmat pemberian Allah? Adakah hanya yang banyak jumlahnya sahaja yang akna melalaikan? Bagaimana pula yang sedikit??? Adakah kita perlu meninggalkan "kedatangan" rezeki yang banyak untuk kita beriman dengan ayat ini??

Cukuplah kita memahami semua ini dengan kalimah SYUKUR! beradalah pada Maqam Mensyukuri Nikmat Allah (al-Tahadduth bi ni'mat Allah) apabila kamu berhadapan dengan rezekinya. Uruskannya dengan cara yang terbaik.

KULIAH MAGHRIB
MASJI DARUL ISLAM
PULAU CAREY
TELOK PANGLIMA GARANG
8/11/2010