Beliau dilahirkan pada pukul 3.00 petang ,hari jumaat, 11 Februari 1933 di pondok Lubuk Tapah
| Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci , Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut .Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah . Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib AlMandili , Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air . Sebelum beliau pulang ke tanah air , beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru ,ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu. Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan , Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada
Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah . NAMA TUAN GURU / PENGAJAR YANG PERNAH MENGAJAR BELIAU : Al-Syaikh Pak Da Ismail bin Abdul Kadir Al –Fatani
BIDANG ILMU ;
|
No comments:
Post a Comment