Monday, December 27, 2010

Kitab al-Durr al-nafis (4) :TAWHID AL-ASMA’

FASAL YANG KEDUA PADA MENYATAKAN TAWHID AL-ASMA’

Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tawhid al-asma’ ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan.

Syahdan : Bermula kaifiyat mengesakan Allah Ta’ala pada segala asma’Nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu. Dan engkau syuhud dengan mata hatimu bahawasanya segala asma’ itu sekaliannya kembali kembali ia kepada asma’ Allah Ta’ala yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekaliannya mazhar asma’ itu menuntut ia akan wujud musamma maka tiada yang mwajud itu pada hakikat hanya Allah sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya khayali dan waham jua dengan dinisbahkan kepada wujud Allah Ta’ala. Maka sebab itulah kembali segala asma’ itu kepada yang mawjud iaitu Allah swt. Dan wujud Allah Ta’ala itu qa’im ia pada segala asma’ dan zahir ia dengan dia itu satu jua. Yakni segala ashya’ itu kezahiran dan kenyataan bagi Zat Yang Satu jua. Dan yang zahir dengan segala ashya’ itu satu jua daripada tiada ittihad dan hulul. Maha Tinggi Allah Ta’ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal oleh setengah daripada segala ’arif itu kerana menghampirkan kepada faham jua.

Adapun Allah Ta’ala itu Maha Suci dan Maha Tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau, maka yang dihantarkan akan dia pada anatar bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engaku lihat kepada benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zahir ia dengan segala sifat sekaliannya itu pada hal matahari itu satu jua. Maka bicarakan olehmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna, mudah-mudahan mengasihani Allah Ta’ala akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang yang kami mithalkan akan dia itu. Setelah itu hai segala saudaraku yang ’arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajalli Haqq Ta’ala atasmu daripada menselang-selang daripada dinding mazharNya dengan dua ism yang menunjukkan keduanya itu akan dikau atas binasa segala mazharNya itu di dalam diri ahadiyyah Allah Ta’ala.

Kata Syaikh al-’Alim al-’Allamah al-Nar al-Muhriqah Mawlana al-Syaikh Abdullah al-Hijazai al-Syarqawi al-Misri r.a dalam Syarh Wird al-Bahr : Apabila tajalli Allah Ta’ala pada asma’Nya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akwan ini sekaliannya diri Haqq Allah Ta’ala. Ertinya pada sekira-kira zahir akwan itu dengan dia dan berdiri akwan itu dengan QayyumNya dan kekalnya. Dan bahawasanya tiada akwan itu wujud sendirinya dan lagi tiada kuasa ia pada membezakan antara suatu daripada segala akwan ini ertinya daripada sekira-kira bahawasanya akwan iyu sekalian makhluk Allah Ta’ala. Yakni mazharnya dan tempat bersandar kepadaNya. Dan lagi memandang akan Allah Ta’ala dengan hakikat bagi segala akwan itu seperti firman Allah : ( ) ertinya barang dimana ada kamu maka adalah di sana wujud Allah, yakni barang kemana engkau hadapkan akan mukam kamu atau hati kamu atau roh kamu atau akal kamu adalah di sana wujud Allah.

Syahdan : Ketika itulah terkadang keluar syatah daripada lidah hamba itu yakni mengeluarkan perkataannya yang tiada ada redha oleh syarak, maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akwan ini dengan sebab memandang wujud Allah Ta’ala Yang Mutlaq. Seperti kata Syaikh Abdul Karim al-Jili q.a.s : Bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan Haqq Ta’ala, maka menjadikan hamba itu sifat tiada yang mawjud di dalam wujud ini melainkan wujud Allah Ta’ala. Bermula yang demikian itu kerana adalah banyakknya dan ghaibnya seperti barang yang telah jatuh bagi Hallaj, maka perkataan orang yang mabuk itu tiada boleh diperpegang. Intaha.

Maka sebab itulah, kata Sultan al-Awliya’ Mawlana al-Syaikh Abdul Qadir al-Jaylani q.a.s : ”Jikalau Hallaj itu ada ia daripada masaku nescaya aku ambil akan dia dengan tanganku yakni aku tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia itu”. Intaha.

Bermula yang pertama daripada dua ism seperti ismNya Jami’ : ertinya yang menghimpunkan, iaitu menghimpunkan bagi sekalian mazhar ini iaitu syuhud al-kathrah fi al-wahdah yakni dipandang yang banyak pada Yang Satu. Muradnya sekalian alam ini daripada Zat Allah Ta’ala satu jua tiada daripada yang lain.

Dan yang kedua daripada dua ism seperti ismNya Mani’ : ertinya yang menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zahir ia daripada yang lainnya. Bermula muradnya itu daripada zat Allah Ta’ala jua terbitnya sekalian alam ini tiada daripada lainnya iaitu syuhud al-wahdah fi al-kathrah yakni pandang Yang Satu daripada yang banyak. Ertinya daripada Zat Allah Ta’ala jua terbitnya sekalian alam ini.

Maka adalah hasilnya dalalah dua ism terhimpun sekalian alam ini kepada Allah Ta’ala dan tertegah daripada lainnya yakni permulaan daripada Allah Ta’ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allah Ta’ala jua seperti firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya dan bagi Allah Ta’ala jua permulaan segala pekerjaan dan kepadanya dikembali mereka itu. Setelah itu, maka apabila engkau pandang bahawasanya yang menyuruh itu daripada Allah jua dan yang zahir pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seorang yang sabar ia daripada penyakitnya, maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada Allah Ta’ala jua. Dan ada pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Sabur. Kerana Karim dan Sabur itu keduanya ism Allah Ta’ala dan seperti demikian itulah tiap-tiap orang yang bernama dengan barang yang nama ada ia. Maka adalah sekalinnya engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma’ Allah Ta’ala jua.

Syahdan : Kata setengah daripada ’Arif bi Allah: Tiada bagi Allah Ta’ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya segala sifat ma’ani.. Hanya sanya yang ada baginya itu asma’ jua. Mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil : Suatu daripadanya Naqli iaitu al-Qur’an dan Hadith kerana tiada datang di dalam Quran dan Hadith mengatakan bahawasanya Allah Ta’ala itu bersifat dan hanya sanya yang datang dalam Quran dan Hadith itu asma’ jua. Seperti firman Allah : ( ) ertinya bagi Allah Ta’ala itu beberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengan Dia. Maka yang demikian menentukan Allah Ta’ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat. Dan lagi sabda Nabi s.a.w ( ) ertinya : Dan hanya sanya yang kamu seru itu Tuhan Yang Mendengar lagi Amat Melihat lagi Yang Berkata-kata pada hal ia serta kamu barang di mana ada kamu.

Dan kedua daripadanya dalil aqli iaitu pada akal bahawasanya Allah Ta’ala itu jikalau ada Ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul. Bermula Allah Ta’ala itu terlebih ma’rifah daripada segala ma’rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu Maha Suci Allah Ta’ala itu daripada bersifat dengan sebab makna yang demikian itu. Dan lagi pula betapa disifatkan Allah Ta’ala itu pada hal ia menyucikan diriNya daripada bersifat itu dengan nas Quran dan Hadith yang tersebut itu.

Syahdan : Maqam inilah yakni maqam tawhid al-asma’ : maqam yang kedua daripada segala maqam ’arifin yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepada segala orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya. Dan maqam inilah natijah, ertinya faedah dan thamarah maqam yang pertama iaitu maqam orang yang sentiasa memandang wahdah al-af’al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang di atas iaitu tawhid al-sifat, iaitu maqam yang ketiga daripada segala ’arifin.

Kitab al-Durr al-nafis (3) : Sambungan Syirik Jaliyy

Dan erti syirik jaliyy itu menduakan Allah Ta’ala adanya (tetapi) tidak lepas dan keluarkan daripada syirik seperti firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya dan tiada percaya kebanyakan daripada mereka itu akan Allah melainkan pada hal mereka itu menyengutukan akan Dia dengan sebab memandang wujud yang lain daripadanya dan dengan sebab membangsakan perbuatannya itu kepadanya. Sebab itulah kata Sayyidi ‘Umar Ibn al-Farid r.a : ertinya jikalau terlintas di dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadamu atas khatir ku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu dengan murtad. Dan tetapi engkau dikatakannya di dalam kitabNya musyrik dikeluarkannya daripada orang mukmin yang sebenarnya seba yang demikian itu. Dan tiada dibilangkannya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang sebenarnya itu melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang hidup dan tiada yang mawjud di dalam wujud ini hanya Allah Ta’ala sendirinya jua. Maka pada ketika itu baharu engkau dinamai mukmin yang sebenarnya dan lepaslah engkau daripada syirik khafiyy dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai di dalm al-Quran dengan musyrik dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli al-tawhid yang sebenarnya daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera ia di dalam dunia ini. Maka lazimlah olehmu atasnya kerana bahawasanya ia sifat yang amat mulia yang menghampirkan akan dikau kepada yang lagi akan dating dalam akhirat maka engkau perolehlah akan nikmat dua syurga seperti firman Allah Ta’ala : ( ) : ertinya bermula dua syurga itu maka barangsiapa yang takut ia akan maqam tuhannya. Dan syurga yang pertama itulah ma’rifah akan Allah Ta’ala di dunia ini (dan) syurga yang kedua itulah syurga yang maklum yang disebutkan Allah Ta’ala akan dia di dalam Quran yang mulia itu di dalam akhirat yang lagi akan datang.

Kata Syaikhuna al-‘Alim al-‘Allamah al-Bahr al-‘Ariq Mawlana al-Syaikh Abdullah ibn Hijazi al-Syarqawi al-Misri r.a barangsiapa masuk ia kepada syurga ma’rifah di dalam dunia ini nescaya tiada dirindui kepada syurga akhirat dengan nisbah nisbah bidadarinya bukan dengan nisbah daripada barang yang hasil di sana yakni di dalam akhirat daripada ru’yah Allah Ta’ala dan damping kepada hadrat Allah dan ma’rifat akan Allah, maka jauh segala perbezaannya antara dua hal itu yakni hal di dalam dunia hal akhirat kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang ‘arif di dalam dunia ini hanya sanya iaitu baharu setengah daripada disediakan oleh Allah Ta’ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini wallahu a’lam.

Maka (hubaya-hubaya) hai segala saudara takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdah al-af’al itu yang menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokan yang wajib al-wujub dan takut olehmu daripada bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan suatu perbuatan barang perbuatan ada ia.

(Tanbih) Ya Ikhwani, ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai segala saudaraku. (Bermula) hasil kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a di dalam al-Jawahir wa al-Dur Ra’y Munfasil daripada perkataan Syaikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a : bermula segala akwan itu sekalin dinding yang mendindingi daripada memandang Haqq Ta’ala pada hal Haqq Ta’ala juayang berbuat ia dibalik hijab akwan ini tetapi diri akwan ini tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah Ta’ala, dan adalah misalnya seperti baying-bayang kayu di dalam air itu tiada ia menegahkan lalu perahu. Hanya sanya yang mendinding itu sangka kita kepadaNya jua dan pandang kita kepadaNya jua. Maka barangsiapa terbuka daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah Ta’ala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah dengan akwan ini yang memandang kepada fa’il yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenarnya iaitu Allah Ta’ala.

Maka tiba-tiba dalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab :

Pertama : Kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Ta’ala itu berbuat ia akan segala perbuatan ini dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat akan segala perbuatan itu hamba jua, dan adalah qudrah hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu maka iaitu Mazhab Mu’tazilah yang bid’ah lagi fasiq.

Kedua : Mazhab Jabariyyah iaitu kaum yang mengetahui merekaitu memandang segala mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya daripada Allah Ta’ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang mereka itu darajat kamal, maka tersalahlah mereka itu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandar akan segala perbuatan bagi hamba itu kepada mereka itu iaitu i’tiqad zindiq.

Ketiga : Kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya daripada Allah Ta’ala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta’alluq hokum syara’ tetapi keduanya itu tiada sekali-kali memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah Ta’ala sendirinya jua, maka iaitulah Ash’ariyyah itulah iktikad yang maqbudh yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kashaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab mengena usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada ta’ifah yang tiga ini atas penglihatannya itu ghisawah iaitu dinding yang menutupi daripada samapi penglihat mereka itu kepada memandang wahdah al-af’al. Selama-lamanya mereka itu di dalam dinding tertutup tiada sampai kepada maqam kashaf dan musyahadah dan mukafahah.

Keempat : Mazhab Ahl al-Kashaf yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala dan kenderaannya itu daripada hamba. Misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan hanay yang berbuat itu orang yang menyurat jua. Wallahu A’lam. Yakni yang berlaku di dalam segala ala mini Allah Ta’ala jua yang menjadikannya.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani : Telah menyebut Syaikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh dua daripada Futuhat al-Makkiyah akan barang yang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada Allah Ta’ala jua. Hanya sanya menyandarkan Allah Ta’ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggung seksa dan pahala pada hal perbuatan itu bagi Allah Ta’ala jua pada hakikatnya tetapi tatkala mendakwa kita pada ketika berhenti di dalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua. Maka menyandarkan Allah Ta’ala itu akan dia kepada kita dengan sekira-kira dakwa kita berbuat kerana cuba daripada Allah Ta’ala kepada kita apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan nipislah dindinglah dinding hijab, nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit ia daripada Allah Ta’ala pada kita. Tiada kita yang mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu kemudian, maka apabila sampailah kita kepada musyahadah ini nescaya takut kita akan tergelincir qadam kita pada barang yang telah menamakan Allah Ta’ala akan perbuatannya itu kepada kita, kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barang yang telah menamakan Allah Ta’ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barang yang telah kita ketahui itu kerana mengamalkan firman Allah Ta’ala : ( ) ertinya barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan itu maka iaitu daripada Allah dan barang yang mengenai daripada kejahatan itu maka iaitu daripada usaha dirimu.

Syahdan : kata Syaikhuna al-‘Allamah Mawlana al-Syaikh Yusuf Abu Zarrah al-Misri pada ketika tadrisnya di dalam masjid al-Haram : tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allah melainkan pada maqam ta’lim jua.

Dan kata Syaikh Ibn Hajar di dalam Syarah Arba’in pada sabda Nabi s.a.w di dalam setengah daripada segala doa iftitah ( ) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada Allah Ta’ala segala yang menghina akan dia seperti tiada harus dikata Allah Ta’ala itu menjadikan anjing dan babi, jika ada yang menjadikan tiap-tiap suatu sekalipun kerana adab. Maka tiba-tiba adalah menyandarkan perbuatan kita itu kerana menghikayatkan akan firman Allah Ta’ala jua.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s kepada syaikhnya Sayyidi ‘Ali al-Khawwas r.a ; (Soal) “Apakah hakikat usaha mengena akan dia oleh Imam Ash’ariy itu?”. Maka jawabnya r.a : “Bermula hakikat usaha itu iaitu ta’alluq iradah mumkin pada memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperoleh taqdir ilahiyy pada ketika ta’alluq iradah itu maka menamai mereka itu akan yang demikian itu usaha bagi mumkin pada makna bahawasnya mengusahakan manfaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya yakni berkehendak kepada takdir ilahi.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s : “Telah aku dengar akan dia yakni Sayyidi Ali al-Khawas r.a segala yang lain berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas sekali-kali bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira-kira takwin hanya sanya baginya hukum jua dalamnya. Maka fahamkan olehmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan athar itu.

Berkata syaikh ia pula yakni Sayyidi Ali al-Khawas r.a, bermula kenyataan yang demikian bahawasnya Haqq Ta’ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harakat atau makna daripada segala pekerjaan yang tiada sah wujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka mahal yang mengzahirkan ia akan takwin pekerjaan ini yakni pekerjaan yang tiada sekali-kali baginya itu athar dalamnya. Fafham fainnahu daqiq wa tahqiq.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s : “ Telah aku dengar saudaraku Afdal al-Din r.a berkata ia: “Tiada sekali-kali bagi mumkin ini kudrat hanya sanya baginya pada menerima athar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu yakni qudrah itu sifat daripada ketentuan yang tunggal dengan dia Ketuhanan iaitu keadaannya yang berkuasa, maka mengithbatkan qudrah bagi mumkin itu dakwa dengan tiada dalil. Dan lagi berkata Syaikh Afdal al-Din r.a :”Bermula kata kami ini muafakat serta Asya’irah yang mengithbatkan mereka itu bagi qudrah hamba serta menafikan perbuatan daripadanya.

Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Sya’rani q.a.s :”Dan telah menyebutkan oleh Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a pada ba seratus dua puluh daripada Futuhat al-Makkiyah : bahawasanya mengithbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa’il daripadanya itu setengah daripada masalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fi‘il. Dan lagi berkata ia Muhyiddin Ibn ‘Arabi r.a : “Dan tiada membukakan Allah Ta’ala atasku dengan menghilangkan lubs yakni samar pada masalah ini yakni hal keadaannya fi’il pada hal bukan fa’il melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun 633hijrah dan sanya sukar atasku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum Ahli Sunnah dan diantar khalq yang mengena akan dia kaum mu’tazilah maka mengurnia tawfiq Allah Ta’ala akan daku dengan membukakan penglihatku atas mula-mula kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada pada ketika itu melainkan Allah Ta’ala jua”.

Maka firman Allah Ta’ala :”Bagiku di dalam Sirr ku tilik olehmu akan dia di sana mula-mula kejadian makhluk adakah pekerjaan itu mewaris lubs dan hairan?”. Maka sembahku, tiada Ya Rabb”. Maka firmannya bagiku seperti demikianlah barang yang engkau lihat akan dia daripada segala yang baharu tiada bagi seseorang di dalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah Tuhan yang menjadikan ashya’ pada sisi ashya’ tiada dengan asbab maka adalah daripada pekerjaanku kujadiakn nafakh pada Isa a.s dan kujadikan takwin ta’ir. Maka sembahku baginya ya Rabb adalah seperti demikian itu maka tiba-tiba adalah dirimu yang engkau khitab dengan katamu perbuat olehmu dan jagan engkau perbuat. Maka firmannya bagiku apabila aku perlihatkan akan dikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olehmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima akan sangat menidak-nidaki akan perbuatan tuhan seperti firmannya ( ) ertinya : jangan ditanya akan barang yang aku perbuat dan sekalian kamu itu yang ditanya. Intaha.

Syahdan : Jikalau itu jua musyahadahkan in sha’a Allah sampai jua ia kepada Allah Ta’ala kerana maqam tawhid al-af’al ini maqam di bawah sekali daripada maqam ’arifin. Maqam tawhid al-af’al inisatu martabat seperti yang lagi akan datang in sha’a Allah pada akhir khatimah.

Syahdan : Maqam inilah yang mula-mula ia anugerahkan Allah Ta’ala kepada orang-orang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang majzub umpanya. Dan erti majzub itu orang yang diambil Allah Ta’ala dengan terkejut dirinya tahu akan mengenal zatNya dan sifatNya dan asma’Nya dan af’alNya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada ditalqin daripada guru dan tiada dengan ijazah masyayikh.

Syahdan : Bahawasanya maqam inilah natijah al-suluk dan thamarahnya. Ertinya jadi daripada orang salik dan buahnya. Dan erti salik itu orang yang bersungguh-sungguh ia ijtihadnya berbuat ibadat kepada Allah dengan riyadhah ijazahkan akan dia oleh syaikhnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang yang disuruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadah dan lainya. Dan erti ’arif itu iaitu orang yang mengenal Allah Ta’ala dan mengenal hamba lagi, dapat ia membezakan akan antara khaliq dan makhluq dan musyahadah akan segala yang tersebut itu. Dan maqam inilah maqam yang pertama daripada segala maqam ’arifin yang menyampaikan ia kepada maqam yang di atasnya ia maqam tawhid al-asma’ iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam ’arifin.

Kitab Dur Nafis (2)

الفصل الأول في بيان توحيح الأفعال

FASAL PERTAMA

PADA MENERANGKAN TAWHID AL-AF‘AL

Bermula fasal yang bertama pada menyatakan tawhid al-af’al ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada segala perbuatan. Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya tiada yang meleapskan akan dikau daripada segala perkara bahaya yang tersebutitu melainkan pandangmu dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku di dalam ala mini sekaliannya daripada Allah Ta’ala sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat pada rupanya tiada pada hakikatnya seperti kufur dan maksiat kerana kufur dan maksiat itu pada hakikatnya baik jua kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada Allah Ta’ala. Dan tiap-tiap yang terbit daripada Allah Ta’ala itu baik jua pada hakikatnya tetapi jahat keduanya rupanya kerana syara’ datang ia mencela akan dia.

Bermula kayfiat (cara) memandang segala perbuatan itu daripada Allah Ta’ala iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan lihatnya dengan mata kepalanya dan dengan mata hatinya bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah Ta’ala dan membangsakan (menisbahkan) kepada yang lain daripada Allah Ta’la itu majazi (pinjaman) jua tiada pada hakikatnya. Kerana pada hakikatnya sekalian perbuatan itu daripada Allah jua sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya, sama ada dengan mubasyarah (langsung) atau tawallud (berhasil). Dan erti perbuatan dengan mubasyarah itu iaitu yang beserta dengan kudrat yang baharu seperti gerak qalam (pen) pada tangan orang yang menyurat. Dan erti perbuatan dengan tawallud itu iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyarah iaitu seperti jatuh batu pada tangan dengan melempar.

Bermula dalil yang menunjukkan bahawasanya segala perbuatan itu terbit daripada Allah Ta’ala jua, tiada pada lainnya itu firaman Allah yang tersebut dalam al-Quran :

1. والله خلقكم وما تعامون ) (ertinya: bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuliy r.a di dalam Syarah Dala’il al-Khairat : tiada terbit daripada seseorang daripada segala hambanya perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam melainkan sesungguhnya telah terdahulu ia pada ilmuNya dan qada’Nya dan qadarNya.

2. ( وما رميت إذ رميت ولكن الله ومى ) ertinya : tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala berusaha engkau engkau pada melempar tetapi Allah Ta’ala jua yang melempar tatkala itu.

3. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ((لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ertinya tiada daya pada menjauhkan maksiat dan tiada upaya pada mengerjakan taat melainkan dengan daya dan upaya Allah Ta’ala Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar jua.

4. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : (لا تتحرك دزة إلا بإذن الله) ertinya : tiada bergerak di dalam ala mini suatu zarah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta’ala yakni dengan iradah Allah Ta’ala.

5. Dan lagi pula isyarat Nabi s.a.w daripada tiada mendoakan kafir quraish yang menyakiti akan dia kerana memandang ia atas nisbah perbuatan itu kepada Allah Ta’ala.

Syahdan : Maka manakala sentiasa engkau memandang keapa yang demikian itu maka tahqiq lah engkau dengan dia nescaya lepaslah engkau daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan mata hatimu akan segala wujud majazi ini hapus ia di bawah cahaya nur wujud Allah yang sebenarnya.

Syahdan : Manakala engaku kekalkan atas syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah Ta’ala dengan membiasakan dia sedikit kemudian maka sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu, maka apabila tahqiq engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampur lah dengan pandanganmu itu zahirmu dan batinmu. Maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdat al-af’al ertinya esa Allah Ta’ala pada segala perbuatan iaitu ibarat daripada fana’ (hapus) segala perbuatan makhluk ini sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya. Sekaliannya itu fana’ di bawah perbuatan Allah Ta’ala sekira-kira tiada diliohat di dalam akwan (makhluk) ini suatu perbuatan Allah Ta’ala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.

Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatn itu daripada Allah Ta’ala, iaitu tersebut di dalam hadith yang warid daripada doa Nabi s.a.w (اللهم إني أعوذ بك منك) ertinya “Hai Tuhanku! Berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu”. Maka jika tiada kejahatan itu daripada Allah Ta’ala nescaya tiada minta berlindung Nabi s.a.w daripada kejahatannya. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah Ta’ala jua datangnyaseperti telah terdahulu sebutnya itu. Dan lagi firman Allah, قل كل من عند الله) ) tafsirannya : Katakanlah olehmu ya Muhammad segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.

Syahdan : Dibuat mithal oleh setengah daripada orang ‘arifin kerana menghampirkan kepada faham jua tiada pada hakikatnya, maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia oleh dalang barang bagi jelas kelakuan, maka seperti tiada bagi wayang itu pun perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan tuhannya.

Tetapi sesungguhnya pun seperti demikian itu yakni segala perbuatan itu perbuatan Allah Ta’ala jua maka jangan engkau melampaui ajkan Syari’at Muhammadiyyah iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah Ta’ala dan RasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali-kali i’tiqadkan gugur taklif syara’ maka jikalau engkau i’tiqadkan gugur taklif syara’nescaya jadilah engkau kafir zindiq – na’uzu bilLah min zalik. Dan berpeganglah engkau pada syari’at muhammadiyyah serta engkau i’tikadkan dan engkau pandang dengan mata hatimu akan segala perbuatan itu daripada baik dan jahat sekaliannya perbuatan Allah Ta’ala dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khafiyy dan lainnya daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu kerana manakala engkau pandang kepada dirimu itu ada baginya sesuatu perbuatan nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khafiyy dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jaliyy sekalipun.

Kitab al-Duur al-Nafis

Dengan nama Allah Ta’ala Yang Amat Murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menganugerahi nikmat yang seni-seni jua aku memulai risalah ini.

الحمد لله الذي كرم بني آدم واصطفى منهم العلماء

واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء

وفضل منهم العارفين باللع والصفات والأسماء

وأذاقهم لذة المحبة وأطلهم حقيقة الأشياء من الأرض والسماء

والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء

الذي خلق من ذاته ومنه جميع الأشياء

وعلى آله وأصحابه السادة والأولياء

وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان إلى يوم الجزاء

Dan kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun 1200 daripada hijrah Nabi yang mulia atas empunya Dia daripada Tuhannya rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci, sanya telah meminta daripada aku setengah daripada segala saudaraku membukakan kebenaran Allah Ta’ala akan hatiku dan hatinya dengan cahaya musyahadah dan ma’rifah bahawa aku perbuatkan baginya suatu risalah yang simpan dengan bahasa jawi yang lemah lembut supaya member manfaat dengan dia akan orang yang tiada mengetahui akan bahasa Arab yang nyata pada menyatakan wahdat al-zat dan wahdat al-sifat dan wahdat al-asma’ dan wahdah al-af’al supaya melepaskan ia segala orang yang salik itu daripada syirik khafiyy dan daripada segala riya’ dan ‘ujub bagi segala amal. Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli tasawwuf yang mulia dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah mereka itu bagi Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka aku perkenankan akan dia kepada berbuat risalah yang demikian itu dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun pada hal aku minta tolong kepada Allah Ta’ala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekira-kira barang yang zahir ia bagiku daripada segala perkataan orang yang mempunyai minnah dan syuhud. Dan kunamai akan risalah ini “al-Durr al-Nafis” ertinya Mutiara Yang Indah pada menyatakan wahdat al-af’al dan al-asma’ dan al-sifat dan al-zat yang suci pada hal harap aku daripada Allah Ta’ala bahawa memberi manfaat ia dengan risalah ini akan segala orang yang murid dan bahawa dijadikannya kiranya akan dia tulis ikhlas bagi Zat Haqq Allah Ta’ala dan pertaruhan bagiku dan bagi mereka itu pada kiamat. Dan aku aturkan akan dia atas satu muqaddimah dan empat fasal dan satu khatimah dan aku sebutkan didalamnya beberapa masalah yang tinggi-tinggi yang diambil daripada beberapa kitab ahli al-Tasawwuf.

مقدمة

في بيان الأشياء التي تبطل السالك ومنعه من الوصول إلى الله

MUQADDIMAH :

PADA MENYATAKAN SEGALA PERKARA YANG MEMBATALKAN IA AKAN ORANG SALIK DAN MENEGAHKAN DIA DARIPADA SAMPAI KEPADA ALLAH TA‘ALA

Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada yang menegahkan dikau daripada sampai Allah Ta’ala. Bermula segala perkara yang membatalkan suluk itu amat banyak, setengah daripada :

  1. Kasl (كسل) : ertinya segan daripada mengerjakan ibadat serta (padahal) kuasa mengerjakannya. Kata Abu Zarr : “Jamahir! Barangsiapa berperangai dengan kasl maka tiada memperoleh ia akan bahagia di dalam dunia dan di dalam akhirat”
  2. Futur (فتور) : ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang dengan dunia
  3. Malal (ملل) : ertinya jemu dan puas daripada memperbuat dia kerana ia berulang-ulang pada hal belum lagi hasil hasil yang dikehendakinya.

Syahdan : Adalah sebab yang demikian itu sekaliannya kerana kurang iman dan da’if yakin dan buta mata hati dan mengikutkan nafsu akan hawanya.

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik kepada Allah Ta’ala itu pun amat banyak jua, dan setengah daripadanya :

  1. Syirik Khafiyy (شرك خفي): ertinya syirik yang tersembunyi iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua tiada kepada Allah Ta’ala kerana hakikatnya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada Allah Ta’al jua. Dan adalah makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Allah Ta’ala, Maha Suci Allah Ta’ala mengadakan sesuatu dengan alat.
  2. Riya’ (رياء) : ertinya memperlihatkan ibadatnya itu kepada orang yang lain atau mengkehendaki dengan ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala jikalau syurga sekalipun.
  3. Sum‘ah (سمعة) : ertinya mengkhabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Ta’ala itu kepada orang supaya dibesarkan orang dan dimuliakan orang.
  4. ‘Ujub (عجب) : ertinya membesarkan dan membanyakkan akan ibadatnya pada hal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Ta’ala.
  5. Saqata awwaluhu wuquf ma’a al-‘ibadah (سقط أوله وقوف مع العبادة) : ertinya mendidingi iaitu memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Ta’ala atasnya.
  6. Hujub (حجب) : ertinya dinding iaitu dinding ibadat daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya, dan perhiasan dan keelokannya. Maka hendaklah orang salik kepadanya (berpaling) daripada melihat perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengan dia dan lupalah dia akan Allah sebab yang demikian itu.

Syahdan : tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu melainkan syuhud mu dan pandang mu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada Allah Ta’ala jua seperti lagi akan dating kenyataan pada fasal yang pertama ini, in sha’a Allah.