Friday, July 8, 2011

Hikam m/s 16

Maka jikalau engkau ada engkau dalam dua perkara ini yakni berpaling daripada dunia dan zuhud dalam segala manusia maka dirikan olehmu serta Allah Ta‘ala dengan muraqabah dan lazimkan olehmu akan tawbah dengan ri‘ayah dan istighfar dengan inabah dan khudu‘ bagi segala hukum dengan istiqamah.

Dan tafsir segala perkara yang empat ini bahawa engkau dirikan akan hamba bagi Allah dan engkau pandang dengan mata hatimu bahawa jangan engkau lihat dalam memilik suatu bagi yang lain daripada Allah Ta‘ala, maka jikalau telah tetap demikian itu maka menyeru akan dikau lisan al-hal daripada segala anwar yang mulia.

Bermula ishtighal engkau pada barang yang disifatkan bagimu itu iaitu hijab daripada kehendakmu, maka disanalah zahir segala sifatmu maka berlindung engkau pada Allah daripada segala sifat itu dan engkau jadikan akan dia dalam istighfar dan inabah. Dan istighfar itu iaitu minta tutup daripada segala sifatmu dengan rujuk kepada segala sifatnya maka jikalau ada engkau dengan sifat ini yakni dengan istighfar dan inabah maka menyeru akan dikau daripada yang hamper demikian bunyinya rendahkan olehmu akan dirimu bagi segala hukumku. Dan tinggalkan olehmu daripadamu akan membantahi aku dan dirikan olehmu serta kehendakku dengan meninggalkan kehendakmu dan jadikan olehmu akan hamba yang dimiliki, tiada engkau kuasa atas sesuatu maka manakala engkau lihat daripadamu kudrat maka engkau serahkan akan daku dan aku pada tiap-tiap sesuatu Amat Kuasa Lagi Amat Mengetahui.

Wednesday, July 6, 2011

Mengetahui Dengan Isyarat.

Dan kata Syaikh Abu Hasan al-Syazili r.a:

“Ketahui olehmu bahawasanya apabila berkehendak engkau bahawasanya bagimu bahagian daripada setengah barang yang bagi segala awliya’ Allah Ta‘ala maka lazim atasmu dengan meninggalkan segala manusia melainkan orang yang menunjukkan ia bagimu atas Allah Ta‘ala dengan isyarat yang betul dan dengan a‘mal yang thabit yang tiada membatalkan akan dia Kitab dan berpaling engkau daripada dunia sekeliannya. Dan jangan engkau jadikan daripada orang yang berpaling ia daripada dunia supaya diberi ia akan suatu daripada dunia itu tetapi jadikan olehmu dalam demikian itu akan hamba bagi Allah Ta‘ala yang menyuruh ia akan dikau bahawa menjauh engkau akan seterunya.”